My bookmarksSign up free
← Delegation of Powers Act 1956

Delegation of Powers Act 1956 s 7

Delegation of Powers Act 1956 s 7

s 7 Ratification of acts, orders and directions done by subordinates in the name and on behalf of a Minister or Chief Minister

Where any act, order or direction has been done or given by any officer in good faith and purporting to act in the name and on behalf of a Minister or the Chief Minister of a State but without being authorized thereto and such act, order or direction could have lawfully been done or given by such officer by virtue of section 6 if he had been so authorized, the Minister or Chief Minister, as the case may be, may ratify the doing or giving of such act, order or direction and thereupon the same shall have effect as if at the date on which such act, order or direction was so done or given such officer had been duly authorized thereto: Provided that such ratification shall not have effect to expose any person to any claim for damages or to any penalty, forfeiture or punishment to which he would not have been otherwise exposed in respect of any matter which occurred before the date on which such ratification was brought to his notice or on which written notice of such ratification was first published in the Gazette, whichever was the earlier.

Malay text (authoritative)

Ratifikasi tindakan, perintah dan arahan yang dilakukan oleh pegawai bawahan atas nama dan bagi pihak Menteri atau Ketua Menteri

Jika apa-apa tindakan, perintah atau arahan telah dilakukan atau diberikan oleh mana-mana pegawai dengan suci hati dan yang berupa sebagai bertindak atas nama dan bagi pihak seorang Menteri atau Ketua Menteri bagi sesuatu Negeri tetapi tanpa diberi kuasa olehnya dan tindakan, perintah atau arahan sedemikian boleh dilakukan atau diberikan dengan sah oleh pegawai itu menurut kuasa seksyen 6 jika dia telah diberi kuasa sedemikian, Menteri atau Ketua Menteri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh meratifikasi pelakuan tindakan itu atau pemberian perintah atau arahan itu dan sesudah itu tindakan, perintah atau arahan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah pada tarikh tindakan, perintah atau arahan itu dilakukan atau diberikan pegawai itu telah diberi kuasa dengan sewajarnya: Dengan syarat bahawa ratifikasi itu tidaklah mempunyai kuat kuasa untuk mendedahkan mana-mana orang kepada apa-apa tuntutan ganti rugi atau kepada apa-apa penalti, pelucuthakan atau hukuman yang dia tidak akan selainnya terdedah berkenaan dengan apa-apa perkara yang berlaku sebelum tarikh ratifikasi itu dibawa kepada pengetahuannya atau pada tarikh notis bertulis bagi ratifikasi itu pertama kali disiarkan dalam Warta, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part II β†’

Find Act 358 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next