My bookmarksSign up free
← Registration of Guests Act 1965

Registration of Guests Act 1965 s 3

Registration of Guests Act 1965 s 3

s 3 Obligations of keepers of, and residents in, specified premises

(1) It shall be the duty of the keeper of any specified premises— (a) to keep a register in the form in the First Schedule of all persons lodging at the premises who are not servants of the keeper of the premises and who are not under the age of twelve years; (b) on the arrival of any such person at the premises, to ascertain and enter or cause to be entered in the register kept for that purpose the name, address, occupation, sex and nationality of that person, and the number, place and date of issue of his identity card or (if he has no identity card) of his passport, together with the date and time of his arrival and the name of the last place from which, and the means by which, he arrived; (c) on the departure of any such person from the premises, to enter or cause to be entered in the register the date and time of departure and the destination on departure of such person; (d) to enter or cause to be entered in the register such other particulars as may be prescribed; and (e) to furnish to the nearest registration officer such returns as to the persons lodging at the premises at such times or intervals and in such form as may be prescribed. (2) It shall be the duty of every person required to be registered under paragraph (1)(a) to furnish the particulars required by this Act to be entered in the register and to sign the register. (3) The keeper of any specified premises shall, if so required at any time by any police officer, make available for inspection any register kept in relation to those premises under this section, and every such register shall be open at all reasonable hours for inspection by a registration officer, or any person authorized for that purpose by a registration officer. (4) Any police officer, registration officer or any such authorized person as is mentioned in subsection (3) may make extracts from any register inspected by him under that subsection, and if he has reason to suspect the genuineness of any particulars entered in the register or if any entry therein is in his opinion incomplete or misleading, he shall be entitled to demand such further information as appears to him to be necessary from the person to whom the entry relates or any person occupying the room to which the entry relates. (5) Every register kept under this section shall be preserved by the keeper of the premises to which it relates for a period of not less than two years from the date of the last entry and may thereafter, at the discretion of the keeper, be destroyed. (6) Notwithstanding anything contained in this section, the registration officer may, by notice in writing under his hand, authorize the keeper of any specified premises mentioned in the notice to keep a register in a different form (including a loose-leaf register or card-index or a register which is partly in the form of a bound register and partly in the form of a loose-leaf register or cardindex) from that provided by this section.

Malay text (authoritative)

Obligasi penjaga, dan pemastautin di, premis tertentu

(1) Adalah menjadi kewajipan penjaga mana-mana premis tertentu — (a) untuk menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang terdapat dalam Jadual Pertama mengenai semua orang yang menginap di premis itu yang bukannya orang gaji penjaga premis itu dan yang bukan berumur di bawah dua belas tahun; (b) semasa ketibaan mana-mana orang sedemikian di premis itu, untuk menentukan dan memasukkan atau menyebabkan dimasukkan ke dalam daftar yang disimpan bagi maksud itu nama, alamat, pekerjaan, jantina dan kewarganegaraan orang itu, dan nombor, tempat dan tarikh dikeluarkan kad pengenalannya atau (jika dia tidak mempunyai kad pengenalan) pasportnya, berserta dengan tarikh dan masa ketibaannya dan nama tempat terakhir dari mana, dan dengan cara apa, dia tiba; Pendaftaran Tetamu (c) semasa pemergian mana-mana orang sedemikian dari premis itu, untuk memasukkan atau menyebabkan dimasukkan ke dalam daftar tarikh dan masa pemergian dan destinasi pemergian orang tersebut; (d) untuk memasukkan atau menyebabkan dimasukkan ke dalam daftar apa-apa butir lain sebagaimana yang ditetapkan; dan (e) untuk memberi kepada pegawai pendaftaran yang terdekat apa-apa penyata mengenai orang yang menginap di premis itu pada bila-bila masa atau pada lat tempoh dan dalam bentuk yang ditetapkan. (2) Adalah menjadi kewajipan setiap orang yang dikehendaki didaftarkan di bawah perenggan (1)(a) supaya memberi butir-butir yang dikehendaki oleh Akta ini untuk dimasukkan ke dalam daftar dan menandatangani daftar itu. (3) Penjaga mana-mana premis tertentu hendaklah, jika dikehendaki sedemikian pada bila-bila masa oleh mana-mana pegawai polis, menyediakan untuk pemeriksaan apa-apa daftar yang disimpan berhubungan dengan premis itu di bawah seksyen ini, dan setiap daftar tersebut hendaklah dibuka pada setiap waktu yang munasabah untuk pemeriksaan oleh pegawai pendaftaran, atau mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh pegawai pendaftaran. (4) Mana-mana pegawai polis, pegawai pendaftaran atau mana-mana orang yang diberi kuasa sedemikian sebagaimana yang disebut di dalam subseksyen (3) boleh membuat cabutan daripada mana-mana daftar yang diperiksanya di bawah subseksyen itu, dan jika dia mempunyai alasan untuk mengesyaki ketulenan apa-apa butir yang dimasukkan ke dalam daftar itu atau apa-apa catatan di dalamnya adalah pada fikirannya tidak lengkap atau mengelirukan, dia berhak untuk meminta apa-apa maklumat lanjut yang didapatinya perlu daripada orang yang dimaksudkan oleh catatan itu atau daripada mana-mana orang yang menghuni bilik yang dimaksudkan oleh catatan itu. Undang-Undang Malaysia AKTA 381 (5) Setiap daftar yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah dipelihara oleh penjaga premis yang dimaksudkan olehnya bagi tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh catatan terakhir dan boleh selepas itu, mengikut budi bicara penjaga, dimusnahkan. (6) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, pegawai pendaftaran boleh, melalui notis secara bertulis di bawah tandatangannya, membenarkan penjaga mana-mana premis tertentu yang disebut dalam notis itu untuk menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang berlainan (termasuklah daftar helai cerai atau indeks kad atau suatu daftar yang sebahagiannya dalam bentuk daftar terjilid dan sebahagian lagi dalam bentuk daftar helai cerai atau indeks kad) daripada apa yang diperuntukkan oleh seksyen ini.

Read this section in the full act →

Find Act 381 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next