Employees’ Social Security Act 1969 s 106
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 106 Duty of Board to review benefits
Without prejudice to section 59I, when substantial changes in the general level of earnings result from substantial changes in the cost of living, the Board shall examine the situation on the basis of an actuarial valuation made under section 82 and shall make recommendations to the Minister to adjust the Scheme of Social Insurance in order to maintain the real value of certain cash benefits. The recommendations of the Board, which shall be accompanied by the actuarial report and shall take account of Government social policy, may include—
(a) proposals for a new scale of wage classes and of contributions;
(b) proposals for changes in the rates of specified cash benefits including the rates of pensions already in payment; and
(c) extension of benefits.
Malay text (authoritative)
Kewajipan Lembaga untuk mengulang kaji faedah
Tanpa menyentuh seksyen 59I, apabila perubahan material pada pendapatan keseluruhan berbangkit daripada perubahan material pada belanja hidup, Lembaga hendaklah memeriksa kedudukan itu berasaskan penilaian aktuari yang dibuat di bawah seksyen 82 dan hendaklah membuat syor kepada Menteri bagi melaraskan Rancangan Insurans Sosial untuk mempertahankan nilai sebenar faedah wang tunai tertentu. Syor Lembaga, yang hendaklah disertakan dengan laporan aktuari itu dan juga mengambil kira dasar sosial Kerajaan, boleh termasuk—
(a) cadangan bagi skel baru kelas gaji dan caruman;
(b) cadangan bagi perubahan tentang kadar faedah wang tunai tertentu termasuk kadar pencen yang telah pun dalam pembayaran; dan
(c) peluasan faedah.
Kadar faedah
106A . Kadar faedah sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 20, 20A , 30 dan dalam Jadual Keempat hendaklah terpakai bagi semua kes yang sedang menerima bayaran faedah pada tarikh kadar itu mula berkuat kuasa:
Dengan syarat bahawa mana-mana faedah dan tambahan kepada faedah yang telah sedia diperuntukkan oleh undang-undang hendaklah dipotong daripada kadar dihitung semula yang baru sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen itu:
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa seksyen ini tidak menjejaskan sesuatu kes jika faedah yang telah dibayar adalah lebih daripada kadar dihitung semula yang baru:
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal apabila orang berinsurans yang menerima pencen ilat mati sebelum 1 Februari 1986, amaun kadar bulanan pencen ilat bagi maksud pencen penakat di bawah seksyen 20 A ialah amaun yang berhak diterima oleh orang berinsurans yang mati itu sekiranya dia masih hidup dalam bulan Januari 1986.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 4 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).