My bookmarksSign up free
← Employees’ Social Security Act 1969

Employees’ Social Security Act 1969 s 12

Employees’ Social Security Act 1969 s 12

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 12 Inspectors, their functions and duties

(1) The Minister may appoint such persons as Inspectors, as he thinks fit, for the purposes of this Act. (2) Subject to subsection (3), an Inspector appointed under subsection (1) shall have all the powers, functions and duties conferred under this Act. (3) An Inspector shall be subject to the direction and control of the Director General or of such other officer or servant of the Organization as may be authorized by the Director General to act on behalf of the Director General, and of any other Inspector superior to the Inspector in rank, and shall exercise his powers, perform his functions and discharge his duties under this Act in compliance with such directions, instructions, conditions, restrictions or limitations as the Director General, or an officer or servant of the Organization authorized to act on behalf of the Director General or any other Inspector superior to the Inspector in rank, may specify orally or in writing, either generally, or in any particular case or circumstances. (4) The Director General and Deputy Directors General shall have all the powers of an Inspector.

Malay text (authoritative)

Pemeriksa, fungsi dan kewajipan mereka

(1) Menteri boleh melantik sesiapa yang difikir patut sebagai Pemeriksa, bagi maksud Akta ini. (2) Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang Pemeriksa yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan di bawah Akta ini. (3) Seseorang Pemeriksa hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai atau pekhidmat lain Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk bertindak bagi pihak Ketua Pengarah, dan manamana Pemeriksa lain yang berpangkat lebih tinggi daripada Pemeriksa itu, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini dengan mematuhi segala arahan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang ditentukan secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam mana-mana hal atau keadaan tertentu, oleh Ketua Pengarah, atau seseorang pegawai atau pekhidmat Pertubuhan yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Ketua Pengarah, atau mana-mana Pemeriksa lain yang berpangkat lebih tinggi daripada Pemeriksa itu. (4) Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa seseorang Pemeriksa. Kuasa untuk memeriksa dan menggeledah 12A . Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 105, seseorang Pemeriksa boleh pada bila-bila masa yang munasabah— (a) membuat apa-apa pemeriksaan dan siasatan sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya sedang atau telah dipatuhi; (b) pada bila-bila masa yang munasabah memasuki manamana premis atau tempat yang diduduki oleh manamana majikan utama atau majikan langsung bagi maksud pemeriksaan dan siasatan sedemikian; (c) memeriksa majikan utama atau majikan langsung atau ejen atau pekhidmatnya atau mana-mana orang yang dijumpai di premis atau tempat itu atau mana-mana orang yang Pemeriksa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai merupakan seorang pekerja atau pernah menjadi seorang pekerja; (d) membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana daftar, buku atau dokumen lain yang disimpan di premis atau tempat itu; dan (e) menjalankan apa-apa kuasa lain sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan Akta ini. Halangan terhadap penjalanan kuasa oleh Pemeriksa 12B . (1) Tiada seorang pun boleh— (a) enggan memberi mana-mana Pemeriksa yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 12 A akses kepada mana-mana premis atau tempat atau manamana bahagian premis atau tempat itu; (b) mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan Pemeriksa itu masuk yang berhak dilakukan olehnya; (c) tidak mematuhi apa-apa permintaan Pemeriksa yang sah di sisi undang-undang dalam melaksanakan kuasanya di bawah seksyen 12A; (d) enggan memberi Pemeriksa apa-apa maklumat yang secara munasabahnya dikehendaki daripada orang itu; (e) tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang Pemeriksa, apa-apa harta, buku atau dokumen lain termasuk rekod elektronik yang berhubungan dengannya Pemeriksa mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini; atau (f) memberi Pemeriksa sebagai benar maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan. Kuasa untuk memeriksa orang 12C . (1) Seseorang Pemeriksa yang membuat apa-apa pemeriksaan atau siasatan di bawah seksyen 12 A boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dia percaya tahu tentang fakta dan hal keadaan kes itu dan boleh bagi maksud itu memanggil mana-mana orang sedemikian hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu. (2) Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan berhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh Pemeriksa yang membuat pemeriksaan, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan. (3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan. (4) Seseorang Pemeriksa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu tentang subseksyen (2) dan (3). (5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bila mana mungkin, diambil secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 4 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next