s 59M Setting up divisions, regional offices, etc.
The Board may set up within the Organization such divisions and regional and local offices as it may consider necessary for the efficient functioning of the Organization.
Employees’ Social Security Act 1969 s 59M
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
The Board may set up within the Organization such divisions and regional and local offices as it may consider necessary for the efficient functioning of the Organization.
Penubuhan bahagian, pejabat kawasan, dsb.
Lembaga boleh menubuhkan dalam Pertubuhan apa-apa bahagian dan pejabat kawasan dan tempatan yang difikirkannya perlu supaya Pertubuhan berjalan dengan cekap. Kuasa untuk menyelesaikan soal kakitangan 59N . (1) Tertakluk kepada Akta ini dan dalam kaedah-kaedah kakitangan, Ketua Pengarah hendaklah menyelesaikan semua soal yang berhubungan dengan perkhidmatan (selain soal pelantikan, penggantungan, kenaikan pangkat dan pemecatan), gaji, keistimewaan dan elaun pegawai dan pekhidmat Pertubuhan: Dengan syarat bahawa dalam hal pegawai dan pekhidmat yang bukan dalam kategori Gred 11, kuasa itu, kecuali kuasa untuk memberikan atau menggantung cuti, tidaklah boleh dijalankan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Lembaga. (2) Mana-mana pegawai atau pekhidmat yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini boleh merayu kepada Lembaga dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah kakitangan. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah kakitangan 59O . (1) Dengan kelulusan Menteri, Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, membuat kaedah-kaedah kakitangan yang berhubungan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat (selain Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah) Pertubuhan: Dengan syarat bahawa dalam membuat kaedah-kaedah itu, Lembaga hendaklah mengambil perhatian tentang kadar gaji dan syarat lain perkhidmatan yang terpakai bagi pegawai dan pekhidmat badan berkanun. (2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan mengenai perkara yang dinyatakan dalam Jadual Ketujuh. Jawatankuasa 59P . Walau apa pun peruntukan lain Akta ini, Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa yang terdiri daripada ahli Lembaga atau orang yang bukan ahli Lembaga atau gabungan kedua-duanya untuk menasihati atau membantu Lembaga dalam perkara yang berkenaan dengan fungsinya sebagaimana yang difikirkannya patut, dan Lembaga boleh mewakilkan, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang boleh dikenakan olehnya, apa-apa fungsinya sebagaimana yang difikirkannya patut kepada manamana jawatankuasa itu. Jawatankuasa Tatatertib 59Q . Suatu Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota yang berikut hendaklah ada: (a) dua orang anggota yang hendaklah dilantik oleh dan daripada kalangan anggota Lembaga (selain Pengerusi Lembaga), salah seorang daripadanya hendaklah dilantik menjadi pengerusi; dan (b) Ketua Pengarah: Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah, tidaklah boleh menjadi ahli Jawatankuasa Tatatertib dalam mana-mana prosiding yang di hadapannya dia adalah pengadu, dalam hal yang sedemikian tempatnya hendaklah diambil oleh seorang ahli yang hendaklah dilantik oleh dan dari kalangan ahli Lembaga. Tatatertib pegawai 59R . (1) Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat Pertubuhan, selain Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah, hendaklah Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 59Q. (2) Pada menjalankan fungsi, kuasa atau fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib yang diperuntukkan melalui mana-mana kaedah yang boleh dibuat di bawah seksyen 59T . (3) Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen (4), mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau fungsi tatatertibnya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Pertubuhan, atau kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Pertubuhan, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Pertubuhan atau berkenaan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Pertubuhan, dan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa yang kepadanya diwakilkan fungsi, kuasa atau fungsi tatatertib itu hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikan fungsi, kuasa atau fungsi tatatertib itu di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, menghapuskan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan pegawai atau pekhidmat, atau jawatankuasa itu. (4) Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (3) untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Pertubuhan menjalankan apa-apa kuasa tatatertib atau menjadi anggota sesuatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas seseorang pegawai atau pekhidmat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya. (5) Mana-mana pegawai atau pekhidmat Pertubuhan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib atau mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau fungsi tatatertib di bawah subseksyen (3) boleh, dalam masa empat belas hari, merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang boleh memberikan apa-apa keputusan ke atasnya sebagaimana yang difikirkannya patut. Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib 59S . (1) Suatu Lembaga Rayuan Tatatertib yang keanggotaannya seperti yang berikut hendaklah ditubuhkan: (a) Pengerusi Lembaga, sebagai Pengerusi; dan (b) anggota Lembaga, tidak termasuk anggota yang menganggotai Jawatankuasa Tatatertib. (2) Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib muktamad. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah tatatertib 59T . (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa kaedah tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi mengadakan peruntukan tentang tatatertib pegawai dan pekhidmat Pertubuhan. (2) Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen ini boleh mengandungi— (a) peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Pertubuhan sementara menanti keputusan prosiding tatatertib; (b) peruntukan bagi kesalahan tatatertib dan hukuman sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian itu boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat; dan (c) tatacara bagi prosiding tatatertib dan peruntukan bagi peluang untuk orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil membuat representasi. Pengenaan surcaj 59U . (1) Jika Lembaga berpuas hati bahawa mana-mana orang yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Pertubuhan— (a) bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang dengan tidak sepatutnya daripada Kumpulan Wang atau bagi apa-apa pembayaran wang itu yang tidak disokong dengan sewajarnya; (b) bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan pada, apa-apa wang, setem, sekuriti, stor atau harta lain Pertubuhan; (c) yang menjadi atau pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau (d) telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atau bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelengahan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran tersebut kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang tersebut dengan Pertubuhan, dan jika penjelasan yang memuaskan tidak dikemukakan kepada Lembaga dalam tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga, berkenaan dengan kegagalan untuk memungut, pembayaran yang tidak sepatutnya, pembayaran yang tidak disokong dengan sewajarnya, kekurangan atau kemusnahan, atau kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut sejumlah wang yang tidak melebihi amaun itu bagi mana-mana amaun yang tidak dipungut, mana-mana pembayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang dimusnahkan tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut suatu jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (2) Lembaga hendaklah menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan Ketua Pengarah hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu. (3) Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang penarikan balik tersebut. (4) Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Pertubuhan oleh orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh didakwa dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah secara guaman oleh Pertubuhan dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan— (a) daripada gaji orang yang disurcaj tersebut jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau (b) daripada pencen orang yang disurcaj tersebut jika Lembaga mengarahkan sedemikian, secara ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan. Penubuhan Lembaga Kenaikan Pangkat 59V . (1) Suatu Lembaga Kenaikan Pangkat berkenaan dengan setiap kategori pegawai dan pekhidmat sebagaimana yang dinyatakan dalam ruangan pertama Jadual Kesepuluh, yang terdiri daripada anggota yang dinyatakan dalam ruangan kedua Jadual yang sama hendaklah ditubuhkan. (2) Lembaga Kenaikan Pangkat yang relevan hendaklah mempunyai bidang kuasa dan hendaklah menjalankan fungsinya dalam semua perkara yang berhubungan dengan kenaikan pangkat berkenaan dengan semua pegawai dan pekhidmat Pertubuhan dalam kategori yang dinyatakan dalam ruangan pertama Jadual Kesepuluh. Penubuhan Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat 59W . (1) Suatu Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat berkenaan dengan setiap kategori pegawai dan pekhidmat sebagaimana yang dinyatakan dalam ruangan pertama Jadual Kesepuluh yang terdiri daripada anggota yang dinyatakan dalam ruangan ketiga Jadual yang sama hendaklah ditubuhkan. (2) Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai bidang kuasa dan hendaklah menjalankan fungsinya berkenaan dengan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat yang berhubungan dengan seseorang pegawai atau pekhidmat yang ke atasnya Lembaga Kenaikan Pangkat mempunyai bidang kuasa. (3) Mana-mana pegawai atau pekhidmat, yang layak untuk kenaikan pangkat, atau untuk pemangkuan sesuatu jawatan bagi maksud kenaikan pangkat, yang terkilan dengan keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan, boleh merayu kepada Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat yang relevan. (4) Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat, selepas mempertimbangkan rayuan itu, boleh mengesahkan atau mengubah keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan, dan keputusan pertimbangan semula itu hendaklah disampaikan dengan sewajarnya kepada Lembaga Kenaikan Pangkat untuk membolehkannya mencapai suatu keputusan. (5) Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat boleh mengubah tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat dan susunan kekananan pegawai atau pekhidmat yang berkenaan tetapi tanpa menjejaskan kenaikan pangkat per se pegawai atau pekhidmat yang berjaya itu. (6) Keputusan Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat adalah muktamad. 60–63. (Dipotong oleh Akta A675).
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).