Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 9 General provisions as to payment of contributions
(1) Contribution (both the employer’s contribution and the employee’s contribution) shall be payable by the principal employer for each month in respect of the whole or part of which wages are payable to the employee and not otherwise.
(2) (Deleted by Act A675).
Malay text (authoritative)
Peruntukan am tentang pembayaran caruman
(1) Caruman (iaitu caruman majikan dan caruman pekerja) hendaklah dibayar oleh majikan utama bagi tiap-tiap bulan yang bagi keseluruhan atau sebahagiannya gaji kena dibayar kepada pekerja dan tidak bagi mana-mana bulan atau bahagian bulan yang lain.
(2) (Dipotong oleh Akta A675).
Caruman jika perusahaan atau pekerja tidak diinsuranskan atau didaftarkan
9A . Caruman hendaklah kena dibayar berkenaan dengan pekerja mulai dari bulan mereka memasuki pekerjaan dan caruman itu kena dibayar walaupun perusahaan yang baginya Akta ini terpakai atau pekerja atau kedua-duanya tidak diinsuranskan atau didaftarkan dengan Pertubuhan: Dengan syar at bahawa ma jikan yang telah membayar tunggakan caruman berkenaan dengan seseorang pekerja akan hanya berhak mendapat balik daripada gaji yang kena dibayar walau apa pun proviso kepada subseksyen 7(2) bahagian caruman pekerja yang kena dibayar dalam masa enam bulan terdahulu yang akhir sebelum tarikh pembayaran.
Pengesahan caruman yang dipungut
9B . Apa-apa caruman yang dipungut oleh Pertubuhan bagi seseorang pekerja yang tidak didaftarkan bagi maksud insurans di bawah
Akta ini bagi apa-apa tempoh sebelum 1 Julai 1987 adalah dengan ini disahkan dan diisytiharkan sebagai telah dipungut secara sah di sisi undang-undang.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).