s 95 Prosecution
(1) No prosecution shall be instituted for an offence under this Act or any regulations made under this Act except by or with the consent in writing of the Public Prosecutor. (2) (Deleted by Act A1232). (3) (Deleted by Act A675).
Employees’ Social Security Act 1969 s 95
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
(1) No prosecution shall be instituted for an offence under this Act or any regulations made under this Act except by or with the consent in writing of the Public Prosecutor. (2) (Deleted by Act A1232). (3) (Deleted by Act A675).
Pendakwaan
(1) Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. (2) (Dipotong oleh Akta A1232). (3) (Dipotong oleh Akta A675). Mengkompaunkan kesalahan 95A . (1) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh mengkompaunkan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan dengan membuat tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat. (3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut. B AHAGIAN VII PELBAGAI
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).