My bookmarksSign up free
← Employees’ Social Security Act 1969

Employees’ Social Security Act 1969 Seventh Schedule

Employees’ Social Security Act 1969 Seventh Schedule

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

Seventh Schedule SEVENTH SCHEDULESupplementary

[Section 59O(2)] 1. The staff rules made under section 59O may provide for any or all of the following— (a) regulating the amount of salaries, fees and allowances payable to officers and servants of the Organization; (b) regulating the grant of leave to such officers and servants; (c) authorizing the payment of all allowances to such officers and servants while on leave; (d) determining the remuneration to be paid to persons appointed to act for any such officers or servants during their absence on leave; (e) regulating the period of service of all such officers and servants; (f) (Deleted by Act A814); (g) determining the conditions under which gratuities or compassionate allowances may be paid to such officers and servants injured or to the surviving relatives of any such officers and servants, killed in the execution of their duty; (h) the establishment, maintenance and administration of a pension scheme for the provision of payments of pensions, gratuities or other allowances on superannuation, resignation, retirement or discharge of officers and servants of the Organization and for the establishment and maintenance of a pension fund; and (i) the establishment and administration of a superannuation scheme for the granting of such gratuities and allowances on death, superannuation, resignation, retirement or discharge of subordinate officers and servants of the Organization as may be deemed expedient and for the granting of such gratuities and allowances as may be deemed expedient to any one or more of the surviving dependants of any person who having been employed as a subordinate officer or servant of the Organization dies after having been superannuated or discharged or after having resigned or retired. (j) (Deleted by Act A814). 2. The following provisions shall apply to any staff rules made by virtue of paragraph 1(g), (h) and (i): (a) no gratuity, allowance or other payment payable under any such rule nor any right interest acquired by any person to any gratuity, allowance or other payment thereunder shall be assignable or transferable or liable to be attached, sequestrated, levied upon, for or in respect of any debt or claim whatsoever other than a debt due to the Organization; (b) any moneys paid under any such rule on the death of any person shall be deemed to be impressed with a trust in favour of the persons entitled thereto under the will or intestacy of such deceased person, but shall not be deemed to form part of his estate or be subject to his debts; (c) any person may by his will or by a memorandum under his hand appoint a trustee of the moneys payable on his death under any such rule, and may provide for the appointment of a new trustee of such moneys and for the investment thereof; (d) if at the time of the death of any person or at any time afterwards there is no trustee of such moneys or it is expedient to appoint a new trustee, such trustee may be appointed by the High Court or a Judge thereof; (e) the receipt of a trustee duly appointed, or in default of any such appointment, the receipt of the legal personal representative of a deceased person, shall be a discharge for any moneys payable on his death under any such rule; (f) any employee of the Organization who is otherwise entitled to any benefit under any such rule shall, if he is dismissed from the service of the Organization for fraud or dishonesty or misconduct, which involves pecuniary loss to the Organization, or retires from or resigns his office with intent to escape discharge or dismissal in consequence of such fraud, dishonesty or misconduct, forfeit and lose the whole or such part of such benefits as the Board may in its absolute discretion direct; and (g) with the approval of the Minister the Board may, in its discretion, in consideration of long or special services of any officer or servant of the Organization whose case does not come within the scope and effect of the Organization’s pension scheme or superannuation scheme rules, pay to such officer or servant upon his death, a gratuity or compassionate allowance on such terms and conditions as the Board may determine. 3. Staff Rules which are inconsistent with any terms and conditions of service approved by the Government in relation to officers and servants of statutory bodies shall have no effect.

Malay text (authoritative)

JADUAL KETUJUH

[Subseksyen 59 O(2)] 1. Kaedah-kaedah kakitangan yang dibuat di bawah seksyen 59O boleh mengadakan peruntukan bagi mana-mana atau semua yang berikut: (a) mengawal selia amaun gaji, fi dan elaun yang kena dibayar kepada pegawai dan pekhidmat Pertubuhan; (b) mengawal selia pemberian cuti kepada pegawai dan pekhidmat itu; (c) membenarkan pembayaran semua elaun kepada pegawai dan pekhidmat itu semasa bercuti; (d) menentukan saraan yang hendaklah dibayar kepada orang yang dilantik untuk bertugas bagi pihak mana-mana pegawai dan pekhidmat tersebut semasa mereka bercuti; (e) mengawal selia tempoh perkhidmatan bagi semua pegawai dan pekhidmat itu; (f) (Dipotong oleh Akta A814). (g) menetapkan syarat yang menurutnya ganjaran atau elaun ihsan boleh dibayar kepada mana-mana pegawai dan pekhidmat itu yang mendapat bencana atau kepada saudara yang menakati pegawai atau pekhidmat itu yang terbunuh semasa menjalankan kewajipan mereka; (h) penubuhan, penyenggaraan dan pentadbiran skim pencen bagi mengadakan peruntukan membayar pencen, ganjaran atau elaun lain apabila pegawai dan pekhidmat Pertubuhan bersara kerana uzur, meletakkan jawatan, bersara atau diberhentikan dan bagi penubuhan dan penyenggaraan kumpulan wang pencen; dan (i) penubuhan dan pentadbiran skim bersara kerana uzur untuk memberikan apa-apa ganjaran dan elaun yang difikirkan suai manfaat apabila pegawai rendah dan pekhidmat Pertubuhan mati, bersara kerana uzur, meletakkan jawatan, bersara atau diberhentikan dan untuk memberikan apa-apa ganjaran dan elaun yang difikirkan suai manfaat kepada orang tanggungan, sama ada seorang atau lebih daripada seorang, yang menakati seseorang yang setelah bekerja sebagai pegawai rendah atau pekhidmat Pertubuhan mati setelah bersara kerana uzur atau diberhentikan atau setelah meletakkan jawatan atau bersara. (j) (Dipotong oleh Akta A814). 2. Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi apa-apa kaedah kakitangan yang dibuat menurut subperenggan 1(g), (h) dan (i): (a) tiada ganjaran, elaun atau bayaran lain yang kena dibayar di bawah mana-mana kaedah dan juga tiada hak atau kepentingan yang diperoleh oleh mana-mana orang terhadap apa-apa ganjaran, elaun atau bayaran lain di bawahnya boleh diserahhakkan atau dipindahkan hakmiliknya atau ditahan, diasingkan, dilevi atas, bagi atau mengenai apa-apa jua hutang atau tuntutan, selain hutang yang kena dibayar kepada Pertubuhan; (b) apa-apa wang yang dibayar di bawah mana-mana kaedah itu apabila seseorang mati hendaklah disifatkan sebagai teramanah untuk orang yang berhak terhadapnya mengikut wasiat simati itu atau jika simati itu mati tanpa wasiat, tetapi tidak boleh disifatkan sebagai menjadi sebahagian daripada hartanya atau tidak boleh tertakluk kepada hutangnya; (c) seseorang boleh, melalui wasiatnya atau dengan suatu memorandum yang ditandatanganinya, melantik seorang pemegang amanah bagi wang yang kena dibayar apabila dia mati di bawah mana-mana kaedah itu, dan boleh mengadakan peruntukan bagi pelantikan seorang pemegang amanah baru bagi wang itu dan bagi pelaburannya; (d) jika pada masa kematian seseorang atau pada bila-bila masa kemudiannya, tidak ada pemegang amanah bagi wang itu atau suai manfaat dilantik seorang pemegang amanah baru, pelantikan yang demikian itu boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi atau seorang Hakim Mahkamah Tinggi; (e) resit pemegang amanah yang dilantik dengan sewajarnya, atau jika tiada pelantikan yang demikian itu dibuat, resit wakil diri di sisi undang-undang bagi orang yang mati itu, adalah menjadi suatu penyelesaian bagi apa-apa wang yang kena dibayar di bawah mana- mana kaedah itu apabila dia mati; (f) seseorang pekerja Pertubuhan yang selainnya berhak mendapat apa- apa faedah di bawah mana-mana kaedah itu, jika dia dibuang dari perkhidmatan Pertubuhan kerana fraud atau kecurangan atau salah laku, yang melibatkan kerugian wang kepada Pertubuhan, atau bersara atau meletakkan jawatannya dengan niat hendak mengelak daripada diberhentikan atau dibuang dengan sebab fraud, kecurangan atau salah laku itu, adalah terlucut hak daripada dan hilang kesemua atau apa-apa bahagian faedah itu mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga menurut budi bicara mutlaknya; dan (g) dengan kelulusan Menteri, Lembaga boleh, menurut budi bicaranya, memandang kepada lamanya perkhidmatan dan juga perkhidmatan khas mana-mana pegawai dan pekhidmat Pertubuhan yang kesnya tidak termasuk dalam bidang dan kuat kuasa kaedah-kaedah rancangan pencen atau rancangan bersara kerana uzur Pertubuhan, membayar kepada pegawai atau pekhidmat itu, apabila dia mati, ganjaran atau elaun ihsan atas apa-apa had dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga. 3. Kaedah-kaedah kakitangan yang tidak selaras dengan mana-mana terma dan syarat perkhidmatan yang diluluskan oleh Kerajaan berhubung dengan pegawai dan pekhidmat badan berkanun tidaklah mempunyai apa-apa kuat kuasa.

Read this section in the full act →

Find Act 4 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next