Loans (Asian Development Bank) Act 1968 s 10
s 10 Statutory authority to repay Government sums paid under guarantee
(1) If any sum is paid out of the Consolidated Fund in respect of any liability incurred by the Government under a guarantee or other undertaking given in exercise of the powers conferred by subsection 7(1) in respect of any borrowing by a statutory authority the statutory authority shall repay such sum (together with interest thereon at the same rate as that payable on the loan under the agreement by the statutory authority with the Bank) to the Consolidated Fund in such manner and at such time or by such instalments as the Minister may direct.
(2) If any sum is so paid out of the Consolidated Fund the Minister shall as soon as possible after the end of each financial year beginning with that in which the sum was paid and ending with that in which all liability in respect thereof and any interest payable thereon is finally discharged by the statutory authority concerned, lay before the Dewan Rakyat, a statement relating thereto.
Malay text (authoritative)
Pihak berkuasa berkanun hendaklah membayar balik kepada Kerajaan jumlah wang yang dibayar menurut jaminan
(1) Jika apa-apa jumlah wang dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan berkenaan dengan apa-apa tanggungan yang dilakukan oleh Kerajaan di bawah sesuatu jaminan atau aku janji lain yang diberi bagi menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 7(1) berkenaan dengan mana-mana peminjaman pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa berkanun itu hendaklah membayar balik jumlah wang itu (berserta dengan bunga atasnya mengikut kadar yang sama seperti yang kena dibayar atas pinjaman itu di bawah perjanjian pihak berkuasa berkanun dengan Bank) kepada Kumpulan Wang Disatukan dengan apa-apa cara dan pada bila-bila masa atau dengan apa-apa ansuran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
(2) Jika apa-apa jumlah wang dibayar demikian itu daripada Kumpulan Wang Disatukan, Menteri hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas akhir tahun kewangan yang bermula dengan tahun kewangan apabila jumlah wang tersebut telah dibayar dan berakhir dengan tahun kewangan apabila segala tanggungan berkenaan dengan jumlah wang itu dan apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya telah diselesaikan pada akhirnya oleh pihak berkuasa berkanun yang berkenaan itu, membentangkan dalam Dewan Rakyat suatu kenyataan berkenaan dengannya.
Read this section in the full act β
Find Act 410 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).