Loans (Asian Development Bank) Act 1968 s 9
s 9 Powers exercisable by Government in event of prospect of default by statutory authority
(1) Where it is made to appear to the Yang di-Pertuan Agong that there is reasonable cause to believe—
(a) that a statutory authority is likely to fail or be unable to discharge any of its obligations under any agreement concluded by it with the Bank or under any bond, promissory note or other instrument issued pursuant to any such agreement; and
(b) that the Government is or may become liable under any gurantee or other undertaking given in exercise of the powers conferred by subsection 7(1) in respect of such obligation,
the Yang di-Pertuan Agong may by order give or authorize any other person to give such direction to the statutory authority as he or such other person may from time to time think necessary or desirable to ensure that satisfactory arrangements are made by the statutory authority to enable it duly to discharge its obligations under such agreement, bond, promissory note or instrument or under this Act.
(2) The statutory authority shall notwithstanding any provision contained in the written law by which it is established comply with any directions given by or under any such order.
(3) Nothing in this section shall affect or derogate from any other power conferred by law on the Yang di-Pertuan Agong or any Minister or public officer in respect of the statutory authority.
Malay text (authoritative)
Kuasa yang boleh dijalankan oleh Kerajaan sekiranya pihak berkuasa berkanun mungkir
(1) Jika ternyata kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa ada sebab munasabah bagi mempercayai—
(a) bahawa sesuatu pihak berkuasa berkanun berkemungkinan mungkir atau tidak berupaya menyempurnakan mana-mana obligasinya di bawah mana-mana perjanjian yang dibuat olehnya dengan Bank atau di bawah mana-mana bon, surat janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian itu; dan
(b) bahawa Kerajaan adalah atau akan bertanggungan di bawah mana-mana jaminan atau aku janji lain yang diberi bagi menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 7(1) mengenai obligasi tersebut,
Yang di-Pertuan Agong boleh dengan perintah memberikan apa-apa arahan atau membenarkan seseorang lain memberikan apa-apa arahan kepada pihak berkuasa berkanun sebagaimana yang difikirkan perlu atau dikehendaki olehnya atau oleh orang lain itu dari semasa ke semasa bagi memastikan supaya perkiraan yang memuaskan dibuat oleh pihak berkuasa berkanun bagi membolehkan ia menyempurnakan obligasinya dengan sepatutnya di bawah perjanjian, bon, surat janji hutang atau surat cara tersebut atau di bawah Akta ini.
(2) Pihak berkuasa berkanun hendaklah, walau apa pun apa-apa peruntukan yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang
Pinjaman (Bank Pembangunan Asia)
telah menubuhkannya, mematuhi apa-apa arahan yang diberi oleh atau di bawah mana-mana perintah tersebut.
(3) Tiada apa-apa pun dalam seksyen ini boleh menyentuh atau mengurangkan apa-apa kuasa lain yang diberi oleh undang-undang kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Menteri atau pegawai awam berkenaan dengan pihak berkuasa berkanun itu.
Read this section in the full act →
Find Act 410 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).