Housing Loans Fund Act 1971 s 5
This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 5 Application of the moneys of the Fund
(1) The moneys of the Fund shall be applied and are appropriated for the purpose of granting loans upon such terms and conditions as the Minister of Finance may think fit to any person—
(a) who is a member of the public services referred to in Article 132 of the Federal Constitution;
(b) who is a Member of the administration in the Federation or a State as defined in Clause (2) of Article 160 of the Federal Constitution;
(c) who is a Judge of the Federal Court or High Court;
Laws of Malaysia A CT 42
(d) who is a member of the Parliamentary Service as defined in section 2 of the Parliamentary Service Act 1963 [Act 394];
(e) who is a member of either House of Parliament;
(f) who is the Speaker of the Dewan Rakyat;
(g) who is a member of a State Legislative Assembly;
(h) who is an employee of any statutory body or local authority;
(i) who is a spouse of any deceased person (who before his death was eligible, by reason of his being within one of the categories of persons described in paragraphs
(a) to (h) of this subsection, for the grant of a loan) as the Minister of Finance may in his discretion decide, but the loan if granted shall not exceed the amount of the loan for which the deceased person was eligible before his death; or
(j) whom the Minister of Finance may by order in the Gazette specify, to enable or assist such person—
(aa) to purchase land with or without a dwelling house thereon;
(bb) to construct a dwelling house and road as a means of access thereto; or
(cc) to settle the whole or part of a debt or debts incurred in a purchase of land, with or without a dwelling house thereon, or in the construction of a dwelling house and road as a means of access thereto, prior to the granting of the loan.
(2) Subject to Clause (7) of Article 125 of the Federal Constitution, a person concurrently holding two or more posts or offices described in subsection (1) shall be eligible to apply for a loan in respect of one post or office only, and a person who has been granted a loan under subsection (1) shall not be eligible to apply for another loan under that subsection in respect of any other post or office he may subsequently hold.
(3) Nothing in subsection (2) shall be construed as precluding a person who has been granted a loan from obtaining—
(a) the balance of the amount for which he is eligible; or
Housing Loans Fund
(b) the balance of the amount for which he may become eligible as a result of any change of post or office.
(4) A person who is eligible to apply for a loan from a State Government, statutory body or local authority that operates its own housing loans scheme shall not be eligible for a loan under subsection (1).
Malay text (authoritative)
Penggunaan wang Kumpulan Wang
(1) Wang Kumpulan Wang hendaklah digunakan dan diperuntukkan bagi maksud memberikan pinjaman mengikut apaapa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Menteri Kewangan kepada mana-mana orang—
(a) yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam yang disebut dalam Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan;
(b) yang menjadi Anggota pentadbiran dalam Persekutuan atau sesuatu Negeri sebagaimana yang ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;
(c) yang menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi;
(d) yang menjadi anggota Perkhidmatan Parlimen sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 [Akta 394];
(e) yang menjadi anggota salah satu Majlis Parlimen;
(f) yang menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat;
(g) yang menjadi anggota sesuatu Dewan Undangan Negeri;
(h) yang menjadi pekerja mana-mana badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan;
(i) yang menjadi suami atau isteri mana-mana orang yang telah mati (yang sebelum kematiannya layak, oleh sebab dia termasuk dalam salah satu daripada kategori orang yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga
(h) subseksyen ini, untuk diberi suatu pinjaman) sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri Kewangan menurut budi bicaranya, tetapi pinjaman itu, jika diberikan, tidak boleh melebihi jumlah pinjaman yang
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan
layak diterima oleh orang yang mati itu sebelum kematiannya; atau
(j) yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan melalui perintah dalam Warta,
untuk membolehkan atau membantu orang itu—
(aa) membeli tanah, sama ada dengan rumah kediaman di atasnya atau tidak;
(bb) membina rumah kediaman dan jalan sebagai jalan masuk ke rumah itu; atau
(cc) menyelesaikan kesemua atau sebahagian daripada hutang atau hutang-hutang yang dilakukan pada membeli tanah, sama ada dengan rumah kediaman di atasnya atau tidak, atau pada membina rumah kediaman dan jalan sebagai jalan masuk ke rumah itu, sebelum pinjaman diberikan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (7) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan, seseorang yang pada masa yang sama memegang dua kedudukan atau jawatan yang diperihalkan dalam subseksyen
(1) atau lebih layak memohon pinjaman berkenaan dengan satu kedudukan atau jawatan sahaja, dan seseorang yang telah diberi pinjaman di bawah subseksyen (1) tidaklah layak memohon pinjaman lain di bawah subseksyen itu berkenaan dengan apa-apa kedudukan atau jawatan lain yang dipegangnya kemudian.
(3) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (2) boleh ditafsirkan sebagai menghalang seseorang yang telah diberi pinjaman daripada mendapatkan—
(a) baki jumlah yang layak didapatinya; atau
(b) baki jumlah yang mungkin layak didapatinya oleh sebab apa-apa pertukaran kedudukan atau jawatan.
(4) Seseorang yang layak memohon pinjaman daripada Kerajaan Negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang mengendalikan skim pinjaman perumahannya sendiri tidaklah layak mendapat pinjaman di bawah subseksyen (1).
Undang-Undang Malaysia AKTA 42
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 42 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).