Pineapple Industry Act 1957 s 16
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 16 Marking of cans
(1) Every registered canner shall register with the Board such mark or marks as may be approved by the Board for his use as the distinguishing mark or marks for the products of each or all of the registered canneries in respect of which he has been issued with a certificate.
(2) No such mark shall be registered for use by more than one registered canner.
(3) The Board may cancel the registration of the mark or marks of a registered canner if the certificate of registration of such registered canner has been cancelled in accordance with section 23.
(4) After registration of a mark or marks under subsection (1) the registered canner shall cause such mark or marks to be embossed or indelibly stamped in such manner as may be prescribed on each can containing canned pineapple prepared in each registered cannery for which the mark or marks were approved and also on the package in which such cans are contained.
(5) No person shall export any can containing canned pineapple or any package containing such cans unless—
(a) it has been marked in accordance with subsection (4); and
(b) a certificate in such form as the Board may prescribe that it has been so marked has been lodged with the appropriate customs authority.
(6) Any person who acts in contravention of subsection (5) shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a fine not exceeding two thousand ringgit.
Malay text (authoritative)
Menandakan tin
(1) Tiap-tiap pengetin berdaftar hendaklah mendaftar dengan Lembaga apa-apa tanda atau tanda-tanda sebagaimana yang
diluluskan oleh Lembaga bagi penggunaannya sebagai tanda atau tanda-tanda pengenalan bagi keluaran setiap atau kesemua kilang mengetin berdaftar yang berkenaan dengannya dia telah dikeluarkan dengan suatu perakuan.
(2) Tiada tanda sedemikian boleh didaftarkan bagi penggunaan oleh lebih daripada seorang pengetin berdaftar.
(3) Lembaga boleh membatalkan pendaftaran tanda atau tanda-tanda seseorang pengetin berdaftar jika perakuan pendaftaran pengetin berdaftar itu telah dibatalkan mengikut seksyen 23.
(4) Selepas pendaftaran sesuatu tanda atau tanda-tanda di bawah subseksyen (1) pengetin berdaftar hendaklah menyebabkan tanda atau tanda-tanda sedemikian dicetak timbul atau dicap lekat mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan atas setiap tin yang mengandungi nanas bertin yang disediakan dalam setiap kilang mengetin berdaftar yang baginya tanda atau tanda-tanda itu telah diluluskan dan juga atas bungkusan yang di dalamnya tin-tin itu terkandung.
(5) Tiada seorang pun boleh mengeksport apa-apa tin yang mengandungi nanas bertin atau apa-apa bungkusan yang mengandungi sedemikian melainkan jika—
(a) ia telah ditandakan mengikut subseksyen (4); dan
(b) suatu perakuan dalam borang sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga bahawa ia telah ditandakan sedemikian telah diserah simpan dengan pihak berkuasa kastam yang berkenaan.
(6) Mana-mana orang yang bertindak berlanggaran dengan subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Read this section in the full act →
Find Act 427 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).