Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 23 Cancellation of registration
(1) If it appears to the Board that any person duly registered under this Act otherwise than as a grower has contravened or failed to comply with any provision of this Act or any regulation made thereunder, the Board may call upon such person in the manner prescribed, to show cause why the registration and the certificate or certificates issued pursuant thereto should not be cancelled.
(2) Any person called upon to show cause under subsection
(1)—
(a) shall be supplied by the Board with the particulars, in writing, of the contravention or non-compliance complained of; and
(b) may, if he so desires, be present or represented by any person authorized by him in writing at the hearing by the Board.
(3) If after such hearing the Board is of the opinion that the person called upon to show cause has contravened or failed to comply with any of the provisions of this Act or the regulations made thereunder, the Board may—
(a) cancel his registration and any certificate or certificates issued pursuant thereto, and prohibit his re-registration for such period as the Board may determine;
(b) impose a fine not exceeding ten thousand ringgit in the case of a registered canner, registered can supplier, registered exporter, registered transporter or registered vendor which fine may be recovered by the Board in the manner provided for the recovery of a civil debt and shall be paid into the Fund;
(c) order such person to pay to the Board a sum not exceeding one thousand ringgit to cover the costs incurred by the Board as a result of the contravention or non-compliance with any of the provisions of this Act or of any regulations made thereunder which may be recovered by the Board in the manner provided for the recovery of a civil debt and shall be paid into the Fund.
(4) Subject to this Act and any regulations made thereunder the Board may regulate its own procedure at any such hearing and shall not be bound by any law or rule of practice relating to the admissibility of evidence.
(5) The Board shall keep in writing a record of its proceedings and of all evidence received by it and the decisions of the executive committee shall be recorded in writing.
Malay text (authoritative)
Pembatalan pendaftaran
(1) Jika ternyata kepada Lembaga bahawa mana-mana orang yang didaftarkan sewajarnya di bawah Akta ini selain sebagai seorang pekebun telah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, Lembaga boleh memanggil orang itu mengikut cara yang ditetapkan untuk menunjukkan sebab mengapa pendaftaran dan
perakuan atau perakuan-perakuan yang dikeluarkan menurutnya tidak patut dibatalkan.
(2) Mana-mana orang yang dipanggil untuk menunjukkan sebab di bawah subseksyen (1)—
(a) hendaklah dibekalkan oleh Lembaga dengan butir-butir, secara bertulis, tentang pelanggaran atau ketidakpatuhan yang diadukan itu; dan
(b) boleh, jika dia berhasrat demikian, hadir atau diwakili oleh mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis pada pendengaran oleh Lembaga.
(3) Jika selepas pendengaran sedemikian Lembaga berpendapat bahawa orang yang dipanggil untuk menunjukkan sebab telah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, Lembaga boleh—
(a) membatalkan pendaftarannya dan mana-mana perakuan atau perakuan-perakuan yang dikeluarkan menurutnya, dan melarang pendaftaran semulanya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(b) mengenakan suatu denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dalam hal seseorang pengetin berdaftar, pembekal tin berdaftar, pengeksport berdaftar, pengangkut berdaftar atau penjual berdaftar yang denda itu boleh didapatkan kembali oleh Lembaga mengikut cara yang diperuntukkan bagi mendapatkan kembali suatu hutang sivil dan hendaklah dibayar ke dalam KumpulanWang;
(c) memerintah supaya orang itu membayar kepada Lembaga suatu jumlah wang yang tidak melebihi satu ribu ringgit untuk meliputi kos yang dilakukan oleh Lembaga akibat daripada pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang boleh didapatkan kembali oleh Lembaga mengikut cara yang diperuntukkan bagi mendapatkan kembali suatu hutang sivil dan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang.
(4) Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya Lembaga boleh mengawal selia tatacaranya sendiri pada mana-mana pendengaran sedemikian dan tidak terikat oleh mana-mana undang-undang atau kaedah amalan berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan.
(5) Lembaga hendaklah menyimpan secara bertulis suatu rekod tentang prosidingnya dan tentang segala keterangan yang diterima olehnya dan keputusan jawatankuasa eksekutif hendaklah direkodkan secara bertulis.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).