Pineapple Industry Act 1957 s 7
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 7 Establishment of the Fund and other functions of the Board
(1) The Board shall establish and administer a fund to be called “the Pineapple Industry Fund” and may acquire and hold property, movable or immovable, and may transfer or otherwise deal with the same, and may enter into contracts and do all the things necessary for or incidental to the purposes of this Act.
(2) (a) There shall be paid into the Fund—
(i) the proceeds of any such cess as is referred to in section 8;
(ii) all moneys belonging to the Board;
(iii) such moneys as may be provided from time to time by Parliament to be applied for such purpose or purposes as may be specified by Parliament;
(iv) all moneys, including registration fees, collected under rules and regulations made under this Act;
(v) all moneys borrowed by the Board under section 8A;
(vi) all moneys earned or arising from any investment under section 8B or from any property acquired by or vested in the Board; and
(vii) all other moneys that may in any manner become payable to or vested in the Board in respect of any matter incidental to its functions.
(b) The Fund may be applied for any purpose within the objects of this Act in such manner as shall be determined by the Board and for lending to its employees for the purpose of purchasing or building dwelling-houses or purchasing conveyances on such terms and conditions as may be prescribed by regulations made under section 25.
(3) The functions of the Board shall include—
(a) the financing of agronomic and processing research programmes for the industry;
(b) the negotiation of agreements on prices and grades of pineapples for sale to canneries;
(c) the regulation of the production, grading and marketing of pineapple for sale to canneries and of canned pineapple;
(d) administration of quality control and health regulations;
(e) administration of a cess fund and making recommendations regarding the rate of cess;
(f) collection of statistics and maintenance of statistical records of the industry;
(g) the granting of financial assistance, whether by way of subsidy or otherwise, to the industry as a whole or any section of it;
(h) any other matters affecting the industry.
(4) The Statutory Bodies (Accounts and Annual Reports) Act 1980 [Act 240] shall apply in respect of the Board.
(5) The accounts of the Board shall be subject to audit by an auditor approved by the Minister.
(6) The common seal of the Board may by resolution of the Board be affixed to any instrument in the presence of the Chairman and two other members of the Board, who shall all sign their names to such instrument.
(7) Four ordinary meetings of the Board shall be held each year. All other meetings shall be special meetings and may be called at any time by the Chairman or acting Chairman and shall be called at the request of any member.
Malay text (authoritative)
Penubuhan Kumpulan Wang dan fungsi lain Lembaga
(1) Lembaga hendaklah menubuhkan dan mentadbirkan suatu kumpulan wang yang dipanggil “Kumpulan Wang Perindustrian Nanas” dan boleh memperoleh dan memegang harta, alih atau tak alih, dan boleh memindahkan atau selainnya memperlakukannya, dan boleh membuat kontrak dan melakukan segala perkara yang perlu bagi atau bersampingan dengan maksud Akta ini.
(2) (a) Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang─
(i) hasil mana-mana ses sebagaimana yang disebut dalam seksyen 8;
(ii) semua wang kepunyaan Lembaga;
(iii) apa-apa wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen untuk digunakan bagi apa-apa maksud atau maksud-maksud sebagaimana yang dinyatakan oleh Parlimen;
(iv) semua wang, termasuk fi pendaftaran, yang dipungut di bawah kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(v) semua wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 8A;
(vi) semua wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa pelaburan di bawah seksyen 8B atau daripada apa-apa harta yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga; dan
(vii) semua wang lain yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya.
(b) Kumpulan Wang boleh digunakan bagi apa-apa maksud yang termasuk dalam tujuan Akta ini mengikut apa-apa cara sebagaimana yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga dan bagi pemberian pinjaman kepada pekerjanya bagi maksud membeli atau membina rumah kediaman atau membeli kenderaan atas terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 25.
(3) Fungsi Lembaga hendaklah termasuk—
(a) pembiayaan program agronomi dan memproseskan program penyelidikan bagi industri itu;
(b) perundingan perjanjian mengenai harga dan gred nanas bagi jualan kepada kilang mengetin;
(c) pengawalseliaan tentang pengeluaran, penggredan dan pemasaran nanas bagi jualan kepada kilang mengetin dan tentang nanas bertin;
(d) pentadbiran kawalan kualiti dan peraturan-peraturan kesihatan;
(e) pentadbiran suatu kumpulan wang ses dan membuat syor berkenaan dengan kadar ses;
(f) pengumpulan statistik dan penyenggaraan rekod statistik industri itu;
(g) pemberian bantuan kewangan, sama ada dengan cara subsidi atau selainnya, kepada industri itu secara keseluruhannya atau mana-mana seksyen daripadanya;
(h) apa-apa perkara lain yang menyentuh industri itu.
(4) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai berkenaan dengan Lembaga.
(5) Akaun Lembaga hendaklah tertakluk kepada pengauditan oleh seseorang juruaudit yang diluluskan oleh Menteri.
(6) Meterai perbadanan Lembaga boleh melalui ketetapan Lembaga dicapkan kepada apa-apa surat cara di hadapan Pengerusi dan dua orang anggota lain Lembaga, yang kesemuanya hendaklah menandatangan nama-nama mereka pada surat cara itu.
(7) Empat mesyuarat biasa Lembaga hendaklah diadakan setiap tahun. Semua mesyuarat lain adalah mesyuarat khas dan boleh dipanggil pada bila-bila masa oleh Pengerusi atau pemangku Pengerusi dan hendaklah dipanggil atas permintaan mana-mana anggota.
Read this section in the full act →
Find Act 427 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).