(1) Any person who is resident within the operative area of an Area Fishermen’s Association and who has attained the age of 18 years shall be eligible to become a member of an Area
Fishermen’s Association if he belongs to any of the following categories, that is to say:
(a) any person who is engaged in catching, harvesting or the culture of aquatic organisms for a minimum period of one hundred and twenty days in a year;
(b) any person who is a fish processor, handler or dealer;
(c) any person who derives sixty per cent or more of his total income from the fishery industry.
(2) Any person who conducts research on or is engaged in the development and improvement of the fishing industry, shall be eligible for associate membership.
(3) No person shall be a member of more than one Area Fishermen’s Association.
(4) No rights of membership shall be exercised by any member until he has made such payments to the Area Fishermen’s Association in respect of his membership as provided in the constitution or rules of such association.
(5) A person shall cease to be a member of an Area Fishermen’s Association in any of the following circumstances, that is to say:
(a) when he resigns voluntarily in accordance with the constitution or rules of such association;
(b) when he is deemed to have ceased to be a member by the provisions of the constitution or rules of such association; or
(c) on his death.
(6) When any question arises as to residence of a person for the purpose of determining his eligibility under subsection (1), it shall be decided by the Registrar whose decision shall be final.
(7) Notwithstanding section 2, in this section “Area Fishermen’s Association” does not include a fishermen’s co-operative society.
Malay text (authoritative)
Ahli Persatuan Nelayan Kawasan
(1) Seseorang yang bermastautin dalam kawasan kegiatan sesuatu Persatuan Nelayan Kawasan dan yang telah mencapai umur 18 tahun adalah layak menjadi seorang ahli Persatuan Nelayan Kawasan jika dia termasuk di bawah mana-mana daripada kategori yang berikut, iaitu:
(a) mana-mana orang yang bekerja menangkap, mengutip atau memelihara hidupan dalam air selama tempoh sekurang-kurangnya seratus dua puluh hari dalam setahun;
(b) mana-mana orang yang bekerja memproses, mengendalikan atau berniaga ikan;
(c) mana-mana orang yang mendapat enam puluh peratus atau lebih daripada jumlah pendapatannya daripada perusahaan perikanan.
(2) Mana-mana orang yang menjalankan penyelidikan berkenaan dengan atau mengambil bahagian dalam memperkembang dan memajukan perusahaan menangkap ikan adalah layak menjadi ahli bersekutu.
(3) Tiada seseorang boleh menjadi ahli bagi lebih daripada satu Persatuan Nelayan Kawasan.
(4) Tiada apa-apa hak keahlian boleh digunakan oleh seseorang ahli sehingga dia telah menjelaskan apa-apa bayaran sebagaimana yang diperuntukkan berkenaan dengan keahliannya dalam perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu kepada Persatuan Nelayan Kawasan itu.
(5) Seseorang terhenti menjadi ahli sesuatu Persatuan Nelayan Kawasan dalam mana-mana hal keadaan yang berikut, iaitu:
(a) apabila dia berhenti dengan sukarela mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu:
(b) apabila dia disifatkan telah terhenti menjadi ahli menurut peruntukan perlembagaan atau kaedahkaedah persatuan itu; atau
(c) apabila dia mati.
(6) Apabila berbangkit sesuatu soal tentang kemastautinan seseorang bagi maksud menentukan kelayakannya di bawah subseksyen (1), soal itu hendaklah diputuskan oleh Pendaftar dan keputusannya itu adalah muktamad.
(7) Walau apa pun seksyen 2, dalam seksyen ini “Persatuan Nelayan Kawasan” tidak termasuk syarikat kerjasama nelayan.
Daftar hendaklah menjadi keterangan prima facie
11A . Apa-apa daftar atau senarai ahli yang disimpan oleh sesuatu Persatuan Nelayan Kawasan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor keahlian, dan pekerjaan seseorang ahli dan mengenai tarikh dia mula dan berhenti menjadi ahli.
B AHAGIAN VI PENGURUSAN DAN KUMPULAN WANG PERSATUAN NELAYAN KAWASAN, NEGERI DAN KEBANGSAAN
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).