Fishermen'S Associations Act 1971 s 13
s 13 Funds of Fishermen’s Associations
The funds of each of the Fishermen’s Associations shall consist of—
(a) subscriptions of members; and
(b) moneys acquired, accrued or derived by virtue of the powers of such association conferred by this Act or any regulations made thereunder or the constitution or rules of such association.
Malay text (authoritative)
Kumpulan wang Persatuan Nelayan
Kumpulan wang setiap Persatuan Nelayan hendaklah terdiri daripada—
(a) yuran ahli; dan
(b) wang yang diperoleh, terakru atau didapati menurut kuasa persatuan itu yang diberikan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau menurut perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu.
Kuasa untuk meminjam wang, dll.
13A . (1) Bagi maksud melaksanakan tujuannya di bawah seksyen 5, sesuatu Persatuan Nelayan boleh meminjam wang atau menanggung komitmen atau tanggungan kewangan lain dengan kebenaran bertulis Pendaftar.
(2) Pada setiap mesyuarat agung tahunannya, tiap-tiap Persatuan Nelayan hendaklah menentukan had maksimum keterhutangan yang boleh ditanggung olehnya, tertakluk kepada kebenaran Pendaftar menurut subseksyen (1), pada bila-bila masa dalam tahun kewangannya yang akan datang.
Pelaburan wang
13B . Tertakluk kepada seksyen 5, sesuatu Persatuan Nelayan boleh melaburkan atau mendepositkan wangnya—
(a) ke dalam mana-mana bank yang diluluskan oleh Pendaftar dari semasa ke semasa;
(b) dalam apa-apa sekuriti Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri;
(c) dalam sekuriti yang dikeluarkan di dalam Persekutuan dengan kelulusan Perbendaharaan oleh mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau Negeri;
(d) dengan kelulusan Pendaftar, dalam modal syer atau sekuriti mana-mana badan atau syarikat berdaftar;
(e) dengan kelulusan Pendaftar, dalam pembelian tanah atau bangunan atau dalam pembinaan bangunan; atau
(f) dengan apa-apa cara lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 44 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).