My bookmarksSign up free
← Fishermen'S Associations Act 1971

Fishermen'S Associations Act 1971 s 18

Fishermen'S Associations Act 1971 s 18

s 18 Fishermen’s Association to be body corporate

Upon registration under this Act, a Fishermen’s Association— (a) shall be a body corporate with perpetual succession and a common seal and shall have the power to enter into contracts to institute and defend actions, suits and legal proceedings and to do all things necessary for the purpose of achieving the objects mentioned in section 5; and (b) may acquire by lease, purchase, donation, gift, demise, bequest or otherwise any movable or immovable property for any of the objects of such association and for such purposes may sell or lease or otherwise deal with any such property.

Malay text (authoritative)

Persatuan Nelayan ialah pertubuhan perbadanan

Apabila didaftarkan di bawah Akta ini, sesuatu Persatuan Nelayan— (a) adalah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dengan mempunyai suatu meterai perbadanan dan mempunyai kuasa membuat kontrak bagi membawa dan membela tindakan, guaman dan prosiding undang-undang dan melakukan segala perkara yang perlu bagi maksud mencapai tujuan yang disebut dalam seksyen 5; dan (b) boleh memperoleh dengan jalan pajakan, pembelian, derma, hadiah, demis, wasiat atau selainnya apa-apa harta alih atau harta tak alih bagi apa-apa tujuan persatuan dan bagi maksud itu boleh menjual atau memajakkan atau dengan jalan lain membuat apa-apa urusan berkenaan dengan mana-mana harta itu. Menyelesaikan pertikaian 18A . (1) (a) Jika timbul apa-apa pertikaian mengenai urusan sesuatu Persatuan Nelayan Kawasan— (i) antara ahli, bekas ahli dan orang yang menuntut melalui ahli, bekas ahli dan ahli yang sudah mati; atau (ii) antara seorang ahli, bekas ahli atau seorang yang menuntut melalui seorang ahli, bekas ahli atau ahli yang sudah mati, dengan persatuan itu atau Lembaga Pengarahnya; atau (iii) antara persatuan itu dengan mana-mana Persatuan Nelayan Kawasan yang lain, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar untuk keputusan. (b) Sesuatu tuntutan oleh Persatuan Nelayan Kawasan kerana apa-apa hutang atau tagihan yang terhutang kepadanya daripada seseorang ahli, bekas ahli atau orang yang dinamakan, waris atau wakil di sisi undang-undang bagi seorang ahli yang sudah mati, hendaklah disifatkan sebagai suatu pertikaian yang menyentuh urusan persatuan itu. (2) Pendaftar boleh, apabila menerima rujukan di bawah subseksyen (1)— (a) memutuskan pertikaian itu sendiri; atau (b) merujukkan pertikaian itu untuk diselesaikan kepada seorang atau beberapa orang penimbang tara. (3) Sesuatu rayuan terhadap keputusan Pendaftar atau penimbang tara di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat kepada Menteri dan hendaklah dibuat dalam masa dua bulan dari tarikh keputusan itu. (4) Keputusan Menteri dalam sesuatu rayuan di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah. (5) Apa-apa keputusan Pendaftar atau penimbang tara di bawah subseksyen (2) atau, jika ada sesuatu rayuan terhadap keputusan itu, keputusan sebagaimana yang disahkan atau diubah oleh Menteri, hendaklah dikuatkuasakan dengan cara yang sama seolah-olah keputusan itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Sesyen. (6) (a) Apa-apa pertikaian yang menyentuh urusan sesuatu Persatuan Nelayan Negeri atau Persatuan Nelayan Kebangsaan dan yang timbul antara suatu Persatuan Nelayan Kawasan dengan Persatuan Nelayan Negeri atau antara suatu Persatuan Nelayan Negeri dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan, hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar untuk keputusan. (b) Sesuatu tuntutan oleh sesuatu Persatuan Nelayan Negeri atau Persatuan Nelayan Kebangsaan kerana apa-apa hutang atau tagihan yang terhutang kepadanya daripada sesuatu Persatuan Nelayan Kawasan atau Persatuan Nelayan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai suatu pertikaian yang menyentuh urusan persatuan itu. (c) Subseksyen (2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai bagi pertikaian itu sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi sesuatu pertikaian di bawah subseksyen (1). Kes dinyatakan berhubung dengan soalan undang-undang 18B . (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 18A, Menteri boleh pada bila-bila masa apabila sesuatu rayuan dibuat kepadanya di bawah seksyen itu merujukkan apaapa soalan undang-undang yang timbul dalam perjalanan prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu untuk pendapat Mahkamah Tinggi. (2) Mahkamah Tinggi hendaklah mendengar dan memutuskan soalan undang-undang yang dirujukkan itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 44 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next