Fishermen'S Associations Act 1971 s 2
s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires— “Area Fishermen’s Association” means an association of persons of not less than fifty in number formed in accordance with this Act or any regulations made thereunder for any area in any State and includes a fishermen’s co-operative society;
“Fishermen’s Association” means an Area Fishermen’s Association, a State Fishermen’s Association or a National Fishermen’s Association; “fishermen’s co-operative society” means any co-operative society which, upon the coming into operation of this Act, is registered under the *Co-operative Societies Act 1948 [Act 287], the Co-operative Societies Ordinance 1958 of Sabah [Ord. No. 3 of 1958] and the Co-operative Societies Ordinance of Sarawak [Cap. 66] and whose principal objects or main functions concern fishery production, credit, marketing or processing or any such commercial and trading ventures: Provided that where there is a dispute as to whether any cooperative society is a fishermen’s co-operative society, such dispute shall be referred to the Registrar whose decision shall be final and shall not be called in question in any Court; “fishing” means estuarine or marine fishing; “Minister” means the Minister for the time being charged with responsibility for fisheries; “National Fishermen’s Association” means a confederation of any two or more State Fishermen’s Associations in accordance with this Act; “Region” means an area comprising two or more States as may be determined by the Minister; “Registrar” means the Registrar of Fishermen’s Associations appointed under section 6; “State Fishermen’s Association” means a confederation of any two or more Area Fishermen’s Associations in accordance with this Act.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“menangkap ikan” ertinya menangkap ikan di muara atau di laut;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi perikanan;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Persatuan Nelayan yang dilantik di bawah seksyen 6; “Persatuan Nelayan” ertinya Persatuan Nelayan Kawasan, Persatuan Nelayan Negeri atau Persatuan Nelayan Kebangsaan;
“Persatuan Nelayan Kawasan” ertinya suatu persatuan yang mempunyai ahli seramai tidak kurang daripada lima puluh orang yang ditubuhkan mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bagi mana-mana kawasan dalam mana-mana Negeri dan termasuklah sesuatu syarikat kerjasama nelayan;
“Persatuan Nelayan Kebangsaan” ertinya pergabungan manamana dua Persatuan Nelayan Negeri atau lebih mengikut Akta ini;
“Persatuan Nelayan Negeri” ertinya pergabungan mana-mana dua Persatuan Nelayan Kawasan atau lebih mengikut Akta ini;
“syarikat kerjasama nelayan” ertinya mana-mana syarikat kerjasama yang, pada mula berkuatkuasanya Akta ini, didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1948 [Akta 287]*, Ordinan Syarikat Kerjasama 1958 Sabah [Ord. 3 tahun 1958] dan Ordinan Syarikat Kerjasama Sarawak [Bab 66] dan yang tujuan atau fungsi utamanya adalah berkaitan dengan pengeluaran perikanan, kredit, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha niaga perdagangan dan perniagaan yang sedemikian:
Dengan syarat bahawa jika ada sesuatu pertikaian tentang sama ada sesuatu syarikat kerjasama ialah suatu syarikat kerjasama nelayan pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar yang keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana Mahkamah;
“Wilayah” ertinya suatu kawasan yang terdiri daripada dua Negeri atau lebih sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
*CATATAN—Akta 287, Sabah Ord. 3 tahun 1958 dan Sarawak Bab 66 telah dimansuhkan— lihat seksyen 95 Akta Koperasi 1993 [Akta 502].
B AHAGIAN II PENUBUHAN PERSATUAN NELAYAN KAWASAN, NEGERI DAN KEBANGSAAN
Read this section in the full act →
Find Act 44 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).