s 25 Audit
The Registrar shall audit or cause to be audited by some person authorized by him by general or special order in writing the accounts of every Fishermen’s Association once at least in every year.
Fishermen'S Associations Act 1971 s 25
The Registrar shall audit or cause to be audited by some person authorized by him by general or special order in writing the accounts of every Fishermen’s Association once at least in every year.
Audit
Pendaftar hendaklah mengaudit atau menyebabkan diaudit oleh seseorang yang diberi kuasa olehnya dengan perintah bertulis sama ada am atau khas akaun tiap-tiap Persatuan Nelayan sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tahun. Hak akses kepada rekod perakaunan dan rekod lain 25A . (1) Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis berhak mendapat akses pada setiap masa kepada rekod perakaunan dan apa-apa rekod lain, termasuk daftar, tiap-tiap Persatuan Nelayan dan hendaklah mempunyai kuasa untuk— (a) memanggil mana-mana pegawai atau bekas pegawai atau ejen atau pekhidmat atau ahli Persatuan Nelayan itu yang dia ada sebab untuk mempercayai boleh memberikan maklumat material tentang apa-apa transaksi Persatuan Nelayan itu atau tentang pengurusan hal ehwalnya; (b) menghendaki supaya dikemukakan, di tempat dan dalam tempoh yang dinyatakan olehnya, apa-apa buku atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Persatuan Nelayan itu atau apa-apa wang tunai atau sekuriti kepunyaan Persatuan Nelayan itu oleh pegawai atau bekas pegawai atau ejen atau pekhidmat atau ahli yang memiliki buku, dokumen, wang tunai atau sekuriti itu. (2) Jika dalam masa penggulungan sesuatu Persatuan Nelayan atau akibat daripada suatu pengauditan di bawah seksyen 25 atau akibat daripada suatu siasatan atau pemeriksaan di bawah seksyen 19 didapati bahawa mana-mana orang yang telah mengambil bahagian dalam penubuhan atau pengurusan Persatuan Nelayan itu atau mana-mana pegawai atau bekas pegawai atau ejen atau pekhidmat atau ahli Persatuan Nelayan itu telah menyalahgunakan atau menyimpan atau menjadi bertanggungan atau bertanggungjawab atas apa-apa wang atau harta Persatuan Nelayan itu atau telah bersalah kerana misfeasans atau pecah amanah berhubung dengan Persatuan Nelayan itu, Pendaftar, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan seseorang penyelesai, pemiutang atau pencarum, boleh memeriksa kelakuan orang itu dan boleh membuat perintah yang menghendakinya membayar balik atau memulangkan wang atau harta atau mana-mana bahagiannya bersama dengan bunga mengikut kadar yang difikirkan patut oleh Pendaftar atau menghendakinya membayar sejumlah wang yang difikirkan patut oleh Pendaftar kepada aset Persatuan Nelayan itu sebagai pampasan terhadap penyalahgunaan, penyimpanan, kecurangan atau pecah amanah itu; dan perintah sedemikian hendaklah dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seolah-olah perintah itu ialah suatu penghakiman Mahkamah.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).