My bookmarksSign up free
← Fishermen'S Associations Act 1971

Fishermen'S Associations Act 1971 s 32

Fishermen'S Associations Act 1971 s 32

s 32 Offences

Any person who— (a) neglects or refuses to do any act or refuses or fails to furnish any information required for the purposes of this Act or any rules made thereunder; (b) gives false information or makes any false statement on any matter required under this Act or any rules made thereunder to be given or made; (c) fails to obey any requisition or lawful written order issued under this Act or any rules made thereunder; and (d) violates or fails to comply with any other requirements of the Act or any rules made thereunder, shall be guilty of an offence under this Act and shall be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit and, in the case of a continuing offence, to a further fine of fifty ringgit for each day during which the offence continues.

Malay text (authoritative)

Kesalahan

Sesiapa yang— (a) abai atau enggan melakukan apa-apa perbuatan atau enggan atau tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini atau manamana kaedah yang dibuat di bawahnya; (b) memberikan maklumat palsu atau membuat apa-apa pernyataan palsu mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki diberikan atau dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya; (c) tidak menurut apa-apa permintaan atau perintah bertulis yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya; dan (d) melanggar atau tidak mematuhi apa-apa kehendak lain dalam Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan, bagi suatu kesalahan yang berterusan, didenda tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan. Pembuktian catatan dalam buku Persatuan Nelayan 32A . (1) Sesuatu salinan apa-apa catatan dalam mana-mana buku yang lazimnya disimpan dalam perjalanan urusan sesuatu Persatuan Nelayan hendaklah, jika diperakui mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan, diterima dalam mana-mana prosiding undang-undang, sivil atau jenayah, sebagai keterangan prima facie tentang adanya catatan sedemikian dan hendaklah diterima sebagai keterangan bagi perkara, transaksi dan akaun yang tercatat di dalamnya jika, dan setakat yang sama seperti, catatan asal itu sendiri boleh diterima. (2) Tiada pegawai mana-mana Persatuan Nelayan boleh, dalam apa-apa prosiding undang-undang yang Persatuan Nelayan itu tidak menjadi satu pihak kepadanya, boleh dipaksa supaya mengemukakan mana-mana buku persatuan itu yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah subseksyen (1) atau dipaksa hadir sebagai saksi bagi membuktikan apa-apa perkara, transaksi atau akaun yang dicatatkan di dalamnya, melainkan jika diarahkan berbuat demikian oleh Mahkamah atas sebab yang tertentu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 44 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next