s 44E Akaun
(1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang Industri Elektrik dan laporan yang sepatutnya mengenai aktivitinya berkenaan dengan Kumpulan Wang itu dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya tahun kewangan Suruhanjaya, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu— (a) suatu penyata akaun yang hendaklah termasuk kunci kirakira dan akaun bagi sumbangan dan perbelanjaan; dan (b) suatu pernyataan mengenai aktivitinya. (2) Suruhanjaya hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.