My bookmarksSign up free
← Girl Guides Act 1953

Girl Guides Act 1953 s 3

Girl Guides Act 1953 s 3

s 3 Incorporation of Chief Commissioner and powers of the corporation

(1) The person for the time being discharging the duties of Chief Commissioner of the Association, and her successors in office, shall be a body corporate, under the name of the “Chief Commissioner, Girl Guides Association of Malaysia”, in this Act called the “corporation”. (2) The corporation may enter into contracts and may sue and be sued in its said name and shall have perpetual succession and a corporate seal, and the said seal may from time to time be broken, changed, altered and made anew as to the corporation deems fit; and until a seal is provided under this section a stamp, bearing the inscription “Chief Commissioner, Girl Guides Association of Malaysia”, may be used as the corporate seal. (3) The corporation may acquire, purchase, take, hold and enjoy movable and immovable property of every description, and may sell, convey, assign, surrender and yield up, charge, mortgage, demise, reassign, transfer or otherwise dispose of, or deal with, any movable or immovable property vested in the said corporation upon such terms as to the corporation deems fit.

Malay text (authoritative)

Pemerbadanan Ketua Pesuruhjaya dan kuasa perbadanan

(1) Orang yang pada masa sekarang menjalankan kewajipan sebagai Ketua Pesuruhjaya Persatuan, dan pengganti dalam jawatannya, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan, Undang-Undang Malaysia AKTA 456 di bawah nama “Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Malaysia”, dalam Akta ini disebut “perbadanan”. (2) Perbadanan boleh membuat kontrak dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya tersebut dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai tersebut boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan; dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap, yang mengandungi perkataan “Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Malaysia”, boleh digunakan sebagai meterai perbadanan. (3) Perbadanan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih, dan boleh menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada perbadanan tersebut atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh perbadanan.

Read this section in the full act →

Find Act 456 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next