Offenders Compulsory Attendance Act 1954 s 5
s 5 Compulsory Attendance Order
(1) Where a person, who resides not more than the prescribed distance from a Centre—
(a) has been convicted of an offence for which he is liable to be sentenced to imprisonment; or
(b) is liable to be committed to prison for failure to pay a fine or debt, and
the Court is of the opinion that—
(i) had this Act not been passed, such person would have been adequately punished by a sentence of imprisonment for a period not exceeding three months; and
(ii) having regard to the character of such person, the nature and seriousness of the offence or the circumstances of such person’s failure to pay (as the case may be) and all the other circumstances of the case, it is inexpedient to commit him,
the Court may, in lieu of such sentence or committal, make a Compulsory Attendance Order requiring such person to attend daily at a Centre to be specified in such Order and to undertake compulsory work for a period not exceeding three months and for such number of hours each day not exceeding four as may be specified in such Order, and may, for further ensuring due compliance with such Order, require the offender to enter into a bond with or without sureties.
(2) Where the Court has reason to doubt whether any such person is physically capable for employment on compulsory work the Court—
(a) may cause him to be medically examined;
(b) shall not make a Compulsory Attendance Order unless it is shown to the satisfaction of the Court that he is so capable; and
(c) shall specify in the Compulsory Attendance Order, if such an order is made, any compulsory work for which the Court is satisfied he is not physically capable.
(3) The number of hours each day during which the offender shall be required to be employed under subsection (2) shall not exceed four exclusive of any intervals prescribed for meals, refreshment or rest and shall, if the offender is gainfully occupied in employment, occupy only that part of the offender’s time which would represent leisure hours.
(4) The Court shall, before making a Compulsory Attendance Order, explain to the person concerned in ordinary language the effect of such Order and the consequence of failure to comply therewith and shall not make the order unless such person expresses his willingness to comply with the requirements thereof.
Malay text (authoritative)
Perintah Kehadiran Wajib
(1) Jika seseorang, yang tinggal tidak lebih daripada jarak yang ditetapkan dari sesuatu Pusat—
(a) telah disabitkan dengan sesuatu kesalahan yang baginya dia boleh dikenakan hukuman pemenjaraan; atau
(b) boleh dihukum dengan cara ditahan dalam penjara kerana kegagalan membayar denda atau hutang, dan
Mahkamah berpendapat bahawa—
(i) jika Akta ini tidak diluluskan, orang tersebut akan dihukum dengan secukupnya oleh suatu hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan; dan
(ii) dengan memberi pertimbangan kepada watak seseorang itu, jenis dan beratnya kesalahan atau hal keadaan dalam mana seseorang itu gagal membayar (mengikut mana yang berkenaan) dan semua hal keadaan lain kes tersebut, adalah tidak suai manfaat untuk menghukumnya ditahan,
Mahkamah boleh, sebagai ganti hukuman atau hukuman dengan cara menahan, membuat suatu Perintah Kehadiran Wajib menghendaki seseorang itu hadir setiap hari di Pusat yang dinyatakan di dalam Perintah tersebut dan mengaku janji untuk menjalankan kerja wajib selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan selama bilangan jam tertentu setiap hari tidak melebihi empat sebagaimana yang boleh dinyatakan di dalam Perintah, dan boleh, untuk selanjutnya menjamin pematuhan yang sewajarnya dengan Perintah tersebut, menghendaki pesalah memasuki bon dengan atau tanpa penjamin.
(2) Jika Mahkamah mempunyai sebab untuk meragui sama ada mana-mana orang sedemikian berkeupayaan secara fizikal untuk melakukan kerja wajib maka Mahkamah—
Undang-Undang Malaysia AKTA 461
(a) boleh menyebabkan dia menjalani pemeriksaan perubatan;
(b) tidak boleh membuat suatu Perintah Kehadiran Wajib melainkan ditunjukkan kepada kepuasan hati Mahkamah bahawa dia memang berkeupayaan; dan
(c) hendaklah menyatakan di dalam Perintah Kehadiran Wajib, jika suatu perintah dibuat, apa-apa kerja wajib yang Mahkamah berpuas hati dia tidak berkeupayaan secara fizikal.
(3) Bilangan jam setiap hari pada masa yang pesalah dikehendaki menjalankan kerja di bawah subseksyen (2) tidak boleh melebihi empat tidak termasuk apa-apa lat tempoh yang ditetapkan untuk masa makan, minum atau rehat dan hendaklah, jika pesalah itu terlibat dalam pekerjaan yang berkeuntungan, memenuhi hanya bahagian masa pesalah yang mewakili masa lapangnya.
(4) Mahkamah hendaklah, sebelum membuat Perintah Kehadiran Wajib, menjelaskan kepada orang yang berkenaan dalam bahasa biasa kesan Perintah tersebut dan akibat kegagalan mematuhinya dan tidaklah boleh membuat perintah tersebut melainkan seseorang itu menyatakan kesanggupannya untuk mematuhi kehendaknya.
Read this section in the full act →
Find Act 461 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).