Railways Act 1991 s 13
s 13 Payment of compensation
(1) In exercising the powers under sections 11 and 12, a railway company shall cause as little damage as possible to the lands and adequate compensation shall be paid for any damage caused by the exercise thereof.
(2) Any person claiming compensation from a railway company may lodge his claim with the Administrator who shall forward such claim to the railway company.
(3) Where there is a dispute as to the amount of compensation, the Administrator shall determine the amount, as far as may be, in accordance with the procedures prescribed by the law relating to the acquisition of land for public purposes in force in the State concerned.
(4) Nothing in this section shall prevent the settling by agreement of the amount of compensation to be paid in respect of lands damaged or injuriously affected by the exercise of the powers conferred by this section.
Malay text (authoritative)
Pembayaran pampasan
(1) Pada menjalankan kuasa di bawah seksyen 11 dan 12, syarikat keretapi hendaklah menyebabkan seberapa sedikit kerosakan yang mungkin pada tanah itu dan pampasan mencukupi hendaklah dibayar bagi apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh penjalanan kuasa itu.
(2) Mana-mana orang yang menuntut pampasan daripada suatu syarikat keretapi bolehlah menyerahkan tuntutannya kepada Pentadbir yang hendaklah mengemukakan tuntutan itu kepada syarikat keretapi itu.
(3) Jika terdapat suatu pertikaian tentang amaun pampasan, Pentadbir hendaklah menentukan amaun itu, setakat yang boleh, mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi maksud awam yang berkuat kuasa dalam Negeri yang berkenaan.
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menahan penyelesaian melalui perjanjian akan amaun pampasan yang kena dibayar berkenaan dengan tanah yang rosak atau yang terjejas dengan mudaratnya oleh penjalanan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 463 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).