My bookmarksSign up free
← Railways Act 1991

Railways Act 1991 s 14

Railways Act 1991 s 14

s 14 Accommodation works

(1) Every railway company shall, subject to subsections (3) and (4), construct and maintain for the accommodation of the proprietors and occupiers of lands adjoining any railway— (a) such and so many convenient crossings, bridges, arches, culverts and passages over, under or by the sides of or leading to or from the railway, as are in the opinion of the Director General necessary for the purpose of making good any interruptions caused to the use of the lands by the construction of a railway; (b) all necessary arches, tunnels, culverts, drains, watercourses or other passages over or under or by the sides of the railway of such dimensions as will, in the opinion of the Director General, be sufficient at all times to convey water from or to the lands adjoining or lying near or by the railway as freely as before the construction of the railway or as nearly so as may be. (2) Subject to this Act, the works specified in paragraphs (1)(a) and (b) shall be made during or immediately after the laying out or formation of the railway over the lands traversed by it, and in such manner as to cause as little damage, injury or inconvenience as possible to persons interested in the lands or affected by the works, as the case may be; and if there is damage or injury to the lands the railway company shall pay adequate compensation to the persons interested therein. (3) A railway company shall not be required— (a) to make any accommodation works in such a manner as would prevent or obstruct the working or use of a railway; or (b) to make any accommodation works with respect to which the proprietors and occupiers of the land have agreed to receive and have been paid compensation in consideration of their not requiring the works to be made. (4) Where a railway company has provided suitable crossing for a road or stream, and the road or stream is afterwards diverted by the act or neglect of the person having control over such road or stream, the railway company shall not be required to provide any other crossing for the road or stream.

Malay text (authoritative)

Kerja kemudahan

(1) Tiap-tiap syarikat keretapi hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), membina dan menyenggarakan bagi kemudahan tuan punya dan penduduk tanah yang berdampingan dengan mana-mana keretapi— (a) apa-apa dan sekian banyak lintasan, jambatan, gerbang, pembentung dan lorong lalu yang sesuai di atas, di bawah atau di sisi atau menuju ke atau dari keretapi itu, yang pada pendapat Ketua Pengarah adalah perlu bagi maksud mengatasi apa-apa gangguan pada penggunaan tanah yang disebabkan oleh pembinaan suatu keretapi; (b) segala gerbang, terowong, pembentung, parit, alur air atau lorong lalu lain yang perlu di atas atau di bawah atau di sisi keretapi itu daripada apa-apa dimensi yang, pada pendapat Ketua Pengarah, adalah mencukupi pada setiap masa untuk membawa air dari atau ke tanah yang berdampingan atau terletak berhampiran dengan keretapi itu dengan semudahnya sebelum pembinaan keretapi itu atau dengan sehampir mudah yang boleh. (2) Tertakluk kepada Akta ini, kerja yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) dan (b) hendaklah dibuat semasa atau selepas sahaja pembentangan atau pembentukan keretapi itu di atas tanah yang dilaluinya, dan mengikut apa-apa cara yang akan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan, kemudaratan atau kesusahan yang mungkin kepada orang yang berkepentingan terhadap tanah itu atau yang terjejas oleh kerja itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan jika terdapat kerosakan atau kemudaratan pada tanah itu, syarikat keretapi hendaklah membayar pampasan mencukupi kepada orang yang berkepentingan terhadap tanah itu. (3) Syarikat keretapi tidaklah dikehendaki— (a) untuk membuat apa-apa kerja kemudahan mengikut apa-apa cara yang akan menahan atau menghalang pengerjaan atau penggunaan sesuatu keretapi; atau (b) untuk membuat apa-apa kerja kemudahan yang berkenaan dengannya tuan punya dan penduduk tanah itu telah bersetuju untuk menerima dan telah dibayar pampasan sebagai balasan kepada mereka yang tidak menghendaki kerja itu dibuat. (4) Jika syarikat keretapi telah mengadakan lintasan yang sesuai bagi sesuatu jalan atau anak sungai, dan jalan atau anak sungai itu kemudiannya dilencongkan oleh perbuatan atau pengabaian orang yang mempunyai kawalan ke atasnya, syarikat keretapi itu tidak boleh dikehendaki mengadakan apa-apa lintasan lain bagi jalan atau anak sungai itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 463 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next