Railways Act 1991 s 38
s 38 Fares to be prepaid and passengersβ tickets to be delivered up on demand
(1) No person shall travel on a railway without first having paid his fare and obtaining a ticket.
(2) Every person intending to travel on a railway shall, upon payment of his fare, be furnished with a ticket specifying the class of coach or accommodation for, and the station or place from, and the station or place to, which the fare has been paid, and shall, when required to do so, show his ticket to any railway official duly authorized to examine the ticket, and shall deliver up the ticket upon demand to any railway official duly authorized to collect tickets.
(3) Any person travelling without a ticket or not producing or delivering up his ticket as aforesaid shall be liable to pay to the railway companyβ
(a) the fare for the distance travelled or, where there is any doubt as to the station or place from which he started, the fare from the station or place from which the railway originally started; and
(b) a special charge as prescribed under any regulations made under this Act.
(4) Such fare and special charge shall be paid on demand to any railway official duly authorized to collect tickets, and if not so paid, payment thereof may be recovered by the railway company by action at law.
Malay text (authoritative)
Tambang hendaklah dibayar terlebih dahulu dan tiket penumpang hendaklah diserahkan apabila diminta
(1) Tiada seorang pun boleh membuat perjalanan dengan keretapi tanpa terlebih dahulu membayar tambangnya dan mendapatkan suatu tiket.
(2) Tiap-tiap orang yang berniat membuat perjalanan dengan keretapi hendaklah, selepas membayar tambangnya, diberikan suatu tiket yang menyatakan kelas koc atau penginapan, dan stesen atau tempat dari mana, serta stesen atau tempat ke mana, yang baginya tambang itu telah dibayar, dan hendaklah, apabila dikehendaki berbuat demikian, menunjukkan tiketnya kepada mana-mana pegawai keretapi yang diberi kuasa sewajarnya untuk memeriksa tiket itu, dan hendaklah menyerahkan tiket itu apabila diminta kepada mana-mana pegawai keretapi yang diberi kuasa sewajarnya untuk memungut tiket.
(3) Mana-mana orang yang membuat perjalanan tanpa tiket atau yang tidak mengemukakan atau menyerahkan tiketnya seperti yang disebut terdahulu hendaklah bertanggungan membayar kepada syarikat keretapi ituβ
(a) tambang bagi jarak perjalanan yang telah dibuat atau, jika terdapat apa-apa keraguan tentang stesen atau tempat dari mana dia bermula, tambang dari stesen atau tempat dari mana keretapi itu mula-mula bertolak; dan
(b) suatu caj khas sebagaimana yang ditetapkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(4) Tambang dan caj khas sedemikian hendaklah dibayar apabila diminta kepada mana-mana pegawai keretapi yang diberi kuasa sewajarnya untuk memungut tiket, dan jika tidak dibayar sedemikian, bayarannya bolehlah didapatkan kembali oleh syarikat keretapi itu melalui tindakan undang-undang.
Read this section in the full act β Β· Open Part VII β
Find Act 463 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).