My bookmarksSign up free
← Railways Act 1991

Railways Act 1991 s 88

Railways Act 1991 s 88

s 88 Power to make regulations

(1) The Director General may, with the approval of the Minister, from time to time, make such regulations as may be necessary or expedient for carrying out or achieving the objects and purposes of this Act. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1), regulations may be made— (a) to ensure and regulate the safe carriage of passengers and goods by any railway company; (b) to regulate the safe use and maintenance of railway premises; (c) to declare what shall be deemed to be dangerous or offensive goods and the regulation of the carriage of such goods; (d) to prescribe maximum charges to be paid for the conveyance of passengers and goods by any railway company; (e) to declare what shall be deemed to be infectious or contagious diseases and to regulate the conditions under which railway companies may carry persons or animals suffering from such infectious or contagious diseases, and to provide for the disinfection of coaches which have been used by such persons or animals; (f) to regulate the construction and maintenance of railways and the crossing or manner of approach to any public road or thoroughfare by a train; (g) to provide for the prevention of trespass, nuisance or obstruction upon, or damage or injury to, a railway; (h) to provide for the preservation and promotion of good order, sanitation and cleanliness upon a railway; (i) to prescribe forms and procedures relating to registration of train drivers and any other persons entrusted with the charge, control or operation of a railway and to prescribe minimum qualifications to be possessed by such persons; and (j) to prescribe minimum standards and specifications in respect of the design, construction and maintenance of the gates or barriers of an occupation crossing and to regulate the use of such crossing.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1) Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, dari semasa ke semasa, membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturanperaturan boleh dibuat— (a) untuk memastikan dan mengawal selia pembawaan selamat penumpang dan barang oleh mana-mana syarikat keretapi; (b) untuk mengawal selia penggunaan dan penyenggaraan selamat premis keretapi; (c) untuk menetapkan apa yang hendak disifatkan sebagai barang merbahaya atau memudaratkan dan pengawalseliaan pembawaan barang sedemikian; (d) untuk menetapkan caj maksimum yang kena dibayar bagi membawa penumpang dan barang oleh mana-mana syarikat keretapi; (e) untuk menetapkan apa yang hendak disifatkan sebagai penyakit berjangkit atau menular dan untuk mengawal selia syarat yang di bawahnya syarikat keretapi boleh membawa orang atau haiwan yang mengalami penyakit berjangkit atau menular itu, dan untuk mengadakan peruntukan mengenai disinfeksi koc yang telah digunakan oleh orang atau haiwan itu; (f) untuk mengawal selia pembinaan dan penyenggaraan keretapi dan pelintasan atau cara menghampiri manamana jalan awam atau jalan besar oleh sesuatu tren; (g) untuk mengadakan peruntukan bagi pencegahan pencerobohan, kacau ganggu atau galangan ke atas, atau kerosakan atau kecacatan kepada, sesuatu keretapi; (h) untuk mengadakan peruntukan bagi pengekalan dan penggalakan ketertiban, kesucian dan kebersihan di atas sesuatu keretapi; (i) untuk menetapkan borang dan tatacara yang berhubungan dengan pendaftaran pemandu tren dan mana-mana orang lain yang diamanahkan dengan penjagaan, pengawalan atau pengendalian keretapi dan untuk menetapkan kelayakan minimum yang perlu dimiliki oleh orang itu; dan (j) untuk menetapkan standard dan spesifikasi minimum berkenaan dengan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan get atau sawar sesuatu lintasan rata kerja dan untuk mengawal selia penggunaan lintasan itu.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 463 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next