Airport and Aviation Services (Operating Company) Act 1991 s 2
Airport and Aviation Services (Operating Company) Act 1991 s 2
s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“Corporation” means the Minister of Finance incorporated by the Minister of Finance (Incorporation) Act 1957 [Act 375];
*“Federal Lands Commissioner” means the Federal Lands Commissioner appointed under the Federal Lands Commissioner Act 1957 [Act 349];
“liabilities” means liabilities, debts, charges, duties and obligations of every description (whether present or future, actual or contingent, and whether payable or to be observed or performed in Malaysia or elsewhere);
“Minister” means the Minister for the time being charged with the responsibility for civil aviation;
“operating company” means the company nominated and licensed under subsection 24A(1) of the Civil Aviation Act 1969 [Act 3];
“property” includes all property, movable or immovable, and all estates, interests, easements and rights, whether equitable or legal, in, to or out of property, choses-in-action, money and goodwill; and “vested” in relation to property includes rights to property which are future or contingent and rights in reversion and remainder;
“rights” means all rights, powers, privileges and immunities, whether actual, contingent or prospective;
“vesting date” means the date on which property, rights and liabilities of the Government of Malaysia are transferred to and vested in the operating company as specified by the Minister from time to time in the order under subsection 3(1).
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada yang sebenarnya kontingen atau akan ada;
“harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau yang tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang, dalam, ke atas atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan “terletak hak”, berhubungan dengan harta, termasuklah hak ke atas harta yang akan ada pada masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan penerimaan baki;
“liabiliti” ertinya segala jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi (sama ada sekarang atau pada masa hadapan, yang sebenarnya atau kontinjen, dan sama ada yang kena dibayar atau akan kena dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penerbangan awam;
“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375];
*“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 [Akta 349];
“syarikat pengendali” ertinya syarikat yang dinamakan dan dilesenkan di bawah subseksyen 24A (1) Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3];
“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti Kerajaan Malaysia berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengendali sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa dalam perintah di bawah subseksyen 3(1).
________________________________________________________ *CATATAN—Pesuruhjaya Tanah Persekutuan kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) sebagaimana dipinda melalui P.U. (B) 324/1970.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).