Airport and Aviation Services (Operating Company) Act 1991 s 6
Airport and Aviation Services (Operating Company) Act 1991 s 6
s 6 Appointment of Government representatives on the board of the operating company
(1) The Minister of Finance may, from time to time, for so long as the Government of Malaysia holds not less than five per cent of the entire issued securities in the operating company, after consultation with the Minister, nominate such number of persons as may be appropriate to be directors on the board of the company.
(2) The operating company shall cause every person nominated by the Minister of Finance under subsection (1) to be appointed to the board of the company.
(3) Any person appointed to the board of the operating company under subsection (2) may, at any time, be removed by the Minister of Finance, after consultation with the Minister, by giving written notice to such person and the company.
(4) For the purpose of determining the number of persons to be appointed as directors of the operating company under subsection
(1), the Minister of Finance shall have regard to the total number of securities held by the Government of Malaysia and the total number of directors appointed or proposed to be appointed by the company to its board, at the time of such nomination.
(5) Nothing in this section shall be construed so as to affect any power, right or privilege which may be conferred on the Government of Malaysia by the constituent documents of the operating company.
Malay text (authoritative)
Pelantikan wakil Kerajaan menganggotai lembaga syarikat pengendali
(1) Menteri Kewangan boleh, dari semasa ke semasa, selagi Kerajaan Malaysia memegang tidak kurang daripada lima peratus daripada kesemua sekuriti diterbitkan dalam syarikat pengendali, selepas berunding dengan Menteri, menamakan sekian bilangan orang yang sesuai untuk menjadi pengarah dalam lembaga syarikat itu.
(2) Syarikat pengendali hendaklah menyebabkan tiap-tiap orang yang dinamakan oleh Menteri Kewangan di bawah subseksyen (1) dilantik menganggotai lembaga syarikat itu.
(3) Mana-mana orang yang dilantik menganggotai lembaga syarikat pengendali di bawah subseksyen (2) boleh, pada bila-bila masa, diberhentikan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, dengan memberikan notis bertulis kepada orang itu dan syarikat itu.
Akta Perkhidmatan-Perkhidmatan Lapangan Terbang dan Penerbangan (Syarikat Pengendali) 1991
(4) Bagi maksud menentukan bilangan orang yang akan dilantik sebagai pengarah syarikat pengendali di bawah subseksyen (1), Menteri Kewangan hendaklah mengambil kira jumlah bilangan sekuriti yang dipegang oleh Kerajaan Malaysia dan jumlah bilangan pengarah yang dilantik atau dicadangkan hendak dilantik oleh syarikat itu untuk menganggotai lembaganya, pada masa penamaan itu.
(5) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menyentuh apa-apa kuasa, hak atau keistimewaan yang diberikan kepada Kerajaan Malaysia oleh dokumen konstituen syarikat pengendali itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).