My bookmarksSign up free
← Optical Act 1991

Optical Act 1991 s 18

Optical Act 1991 s 18

s 18 Persons entitled to be registered as opticians

(1) Any person is entitled to be registered as an optician if he satisfies the Council that he is not less than eighteen years of age, is a fit and proper person to be registered as an optician and holds any of the qualifications specified in the First Schedule. (2) The Council may authorize the registration of any person as an optician if he satisfies the Council that he is not less than eighteen years of age, is a fit and proper person to be registered as an optician and— (a) was engaged in the practice of prescribing and dispensing ophthalmic lenses for a period of not less than one year immediately prior to the coming into force of this Act; or (b) holds a qualification which is not specified in the First Schedule but is deemed suitable by the Minister, after consulting the Council, for purposes of registration. (3) The Council may, subject to such conditions or restrictions as the Council may impose, allow a person— (a) who is attending a course leading to any of the qualifications specified in the First Schedule; and (b) who is required to undergo practical training as part of such course, to be provisionally registered in the Register of opticians for the duration of such practical training and, notwithstanding section 29, such person may practise as if he was a registered optician. (4) Where the Council is satisfied that a person who is provisionally registered under subsection (3)— (a) is not or is no longer attending a course leading to any of the qualifications specified in the First Schedule; (b) is not or is no longer undergoing practical training as part of such course; or (c) has contravened any condition or restriction imposed upon him, the Council may revoke the provisional registration of such person and order his name to be struck off the Register.

Malay text (authoritative)

Orang yang berhak didaftarkan sebagai juruoptik

(1) Mana-mana orang berhak didaftarkan sebagai juruoptik jika dia memuaskan hati Majlis bahawa dia berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun, ialah seorang yang layak dan sesuai didaftarkan sebagai juruoptik dan memegang mana-mana kelulusan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. (2) Majlis boleh membenarkan pendaftaran mana-mana orang sebagai juruoptik jika dia memuaskan hati Majlis bahawa dia berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun, ialah seorang yang layak dan sesuai didaftarkan sebagai juruoptik dan— (a) telah menjalankan amalan mempreskripsi dan mendispens kanta oftalmik selama tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa; atau (b) mempunyai kelulusan yang tidak dinyatakan dalam Jadual Pertama tetapi kelulusan itu dianggap disifatkan sesuai oleh Menteri, selepas berunding dengan Majlis, bagi maksud pendaftaran. (3) Majlis boleh, tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Majlis, membenarkan seseorang— (a) yang sedang menghadiri suatu kursus yang membawa kepada mana-mana kelulusan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; dan (b) yang dikehendaki menjalani latihan amali sebagai sebahagian daripada kursus itu, didaftarkan sementara dalam Daftar juruoptik selama tempoh latihan amali itu dan, walau apa pun seksyen 29, orang itu boleh menjalankan amalan seolah-olah dia ialah seorang juruoptik berdaftar. (4) Jika Majlis berpuas hati bahawa seseorang yang telah didaftarkan sementara di bawah subseksyen (3)— (a) tidak atau tidak lagi menghadiri suatu kursus yang membawa kepada mana-mana kelulusan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; (b) tidak atau tidak lagi menjalani latihan amali sebagai sebahagian daripada kursus itu; atau (c) telah melanggar apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atasnya, Majlis boleh membatalkan pendaftaran sementara orang itu dan memerintahkan supaya namanya dipotong daripada Daftar.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 469 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 7 August 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next