My bookmarksSign up free
← Optical Act 1991

Optical Act 1991 s 32

Optical Act 1991 s 32

s 32 Annual practising certificate

(1) A registered person who intends to practise as an optician or optometrist after 31 December of any year shall, not later than the 1 December of that year, make an application in the prescribed form and pay the prescribed fee for a certificate to practise as an optician or optometrist during the following year. (2) Upon receipt of the application and payment mentioned in subsection (1), the Registrar shall issue to the applicant an annual practising certificate authorizing the applicant to practise as an optician or optometrist during the year for which the certificate is issued. (3) Subject to subsection (4), a certificate issued under subsection (2) shall be in force until 31 December of the year for which the certificate is issued. (4) A registered person who fails to apply for an annual practising certificate in the manner and within the period laid down in subsection (1) may, upon making an application in such form and on payment of such additional fee as may be prescribed, be granted an annual practising certificate for the following year, if the application is made during the month of December of any year, or for the remainder of the year, if the application is made on or after 1 January of any year. (5) Notwithstanding anything to the contrary in this Act, a registered person may practise as an optician or optometrist without an annual practising certificate up to 31 December of the year in which he is first registered as an optician or optometrist and, for the purpose of this Act and any regulations made under this Act, he shall be deemed to have an annual practising certificate for that period. (6) An annual practising certificate and an application for an annual practising certificate shall contain the address of the principal place of practice and all other places of practice of the applicant, and any change in any such address shall be notified by the registered person to the Registrar and an endorsement of such change on the annual practising certificate shall be obtained from the Registrar within thirty days of such change. (7) Any person who fails to notify the Registrar, as required under subsection (6), of any change of address commits an offence. (8) A certificate under the hand of the Registrar that any person— (a) is or is not the holder of an annual practising certificate; or (b) was or was not at any time a holder of an annual practising certificate, shall be conclusive evidence of the matters referred to therein.

Malay text (authoritative)

Perakuan amalan tahunan

(1) Seseorang orang berdaftar yang berniat untuk menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris selepas 31 Disember manamana tahun hendaklah, tidak lewat daripada 1 Disember tahun itu, membuat permohonan dalam borang yang ditetapkan dan membayar fi yang ditetapkan bagi mendapatkan suatu perakuan untuk menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris dalam tahun yang berikutnya. (2) Apabila menerima permohonan dan bayaran yang disebut dalam subseksyen (1), Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan amalan tahunan kepada pemohon yang membenarkan pemohon menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan. (3) Tertakluk pada subseksyen (4), sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) hendaklah berkuat kuasa sehingga 31 Disember tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan. (4) Seseorang orang berdaftar yang tidak memohon untuk mendapatkan suatu perakuan amalan tahunan mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) boleh, apabila dia membuat permohonan dalam borang yang ditetapkan dan apabila dia membayar fi tambahan yang ditetapkan, diberi suatu perakuan amalan tahunan bagi tahun yang berikutnya, jika permohonan itu dibuat dalam bulan Disember mana-mana tahun, atau bagi baki tahun itu, jika permohonan dibuat pada atau selepas 1 Januari mana-mana tahun. (5) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini, seorang orang berdaftar boleh menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris tanpa perakuan amalan tahunan sehingga 31 Disember tahun dia pertama kalinya didaftarkan sebagai juruoptik atau optometris dan, bagi maksud Akta ini dan mana-mana peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah disifatkan mempunyai perakuan amalan tahunan bagi tempoh itu. (6) Sesuatu perakuan amalan tahunan dan sesuatu permohonan perakuan amalan tahunan hendaklah mengandungi alamat tempat utama pemohon menjalankan amalan dan semua tempat lain di mana pemohon menjalankan amalan, dan apa-apa pertukaran mana-mana alamat itu hendaklah diberitahu oleh orang berdaftar itu kepada Pendaftar dan suatu pengendorsan pertukaran itu pada perakuan amalan tahunan hendaklah didapatkan daripada Pendaftar dalam masa tiga puluh hari dari pertukaran itu. (7) Mana-mana orang yang tidak memberitahu Pendaftar, sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (6), tentang apa-apa pertukaran alamat melakukan suatu kesalahan. (8) Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendaftar bahawa mana-mana orang— (a) ialah atau bukan pemegang suatu perakuan amalan tahunan; atau (b) pernah menjadi atau tidak pernah menjadi pada bila-bila masa pemegang suatu perakuan amalan tahunan, hendaklah menjadi keterangan konklusif tentang perkara yang disebut dalam perakuan itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 469 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 7 August 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next