A member who is appointed or elected under subsection 4(1) or (2) shall be deemed to have vacated his office—
(a) if his appointment is terminated;
(b) if he becomes an undischarged bankrupt;
(c) if he is certified to be of unsound mind;
(d) if he has been convicted by a court in Malaysia or elsewhere of any offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude, or of any offence punishable with imprisonment (whether in itself only or in addition to or in lieu of a fine) for more than two years;
(e) if he resigns his office in writing addressed to the Chairman and the resignation is accepted by the Chairman;
(f) if he is absent without leave of the Council for three consecutive meetings of the Council; or
(g) if he ceases to be an ophthalmologist, a registered optician or a registered optometrist.
Malay text (authoritative)
Pengosongan jawatan
Seseorang anggota yang dilantik atau dipilih di bawah subseksyen 4(1) atau (2) hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya—
(a) jika pelantikannya ditamatkan;
(b) jika dia menjadi bankrap yang belum dilepaskan;
(c) jika dia diperakui tidak sempurna akal;
(d) jika dia telah disabitkan oleh mahkamah di Malaysia atau di tempat lain atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau atas apaapa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(e) jika dia meletakkan jawatannya secara bertulis yang dialamatkan kepada Pengerusi dan peletakan jawatan itu diterima oleh Pengerusi;
(f) jika dia tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis berturut-turut tanpa kebenaran Majlis; atau
(g) jika dia berhenti menjadi pakar oftalmologi, juruoptik berdaftar atau optometris berdaftar.
Text as at 7 August 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).