Bretton Woods Agreements Act 1957 s 6
s 6 Subscription to International Bank for Reconstruction and Development
(1)(a) There shall be charged on the Consolidated Fund such part of the subscription of Malaysia specified in paragraph 2 of the terms and conditions set out in the Second Schedule as may, in accordance with those terms and conditions and Article II of the Bank Agreement, be payable in gold or United States dollars or in Malaysian currency.
(b) There shall be charged on the Consolidated Fund such part of any increase in the subscription of Malaysia as may in accordance with Article II of the Bank Agreement be payable in gold or United States dollars or in Malaysian currency.
(c) Except with the approval signified by resolution of the Dewan Rakyat the subscription of Malaysia shall not be increased so that it (including any increases) exceeds the sum of fifty million United States dollars.
(2) The Minister of Finance is hereby authorized, on behalf of the Government, to create and issue to the International Bank for Reconstruction and Development, in such form as he thinks fit, any such non-interest-bearing and non-negotiable notes or other obligations as the Bank may, under section 12 of Article V of the Bank Agreement, determine to accept in place of any part of the subscription of Malaysia which would, but for such acceptance, be payable in Malaysian currency.
Malay text (authoritative)
Sumbangan kepada Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan
(1) (a) Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan apa-apa bahagian sumbangan Malaysia yang dinyatakan dalam perenggan 2 terma dan syarat yang diterangkan dalam Jadual Kedua sebagaimana yang, mengikut terma-terma dan syarat-syarat itu dan Perkara II Perjanjian Bank, kena dibayar dengan emas atau dolar Amerika Syarikat atau dengan mata wang Malaysia.
(b) Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan apa-apa bahagian mana-mana tambahan dalam sumbangan Malaysia sebagaimana yang, mengikut Perkara II Perjanjian Bank, kena dibayar dengan emas atau dolar Amerika Syarikat atau dengan mata wang Malaysia.
(c) Kecuali dengan kelulusan yang ditandakan melalui ketetapan Dewan Rakyat, sumbangan Malaysia tidaklah boleh ditambah sehinggakan ia (termasuk apa-apa tambahan) melebihi jumlah lima puluh juta dolar Amerika Syarikat.
(2) Menteri Kewangan adalah dengan ini diberi kuasa, bagi pihak Kerajaan, untuk mewujudkan dan mengeluarkan kepada Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan, dalam apa-apa bentuk yang difikirkannya patut, apa-apa wang kertas tanpa bunga dan wang kertas tidak boleh niaga atau obligasi lain sebagaimana yang boleh, di bawah seksyen 12 Perkara V Perjanjian Bank, menentukan untuk diterima sebagai ganti apa-apa bahagian sumbangan Malaysia yang, jika tidak kerana penerimaan itu, kena dibayar dengan mata wang Malaysia.
Undang-Undang Malaysia AKTA 472
Read this section in the full act →
Find Act 472 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 October 2008 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).