My bookmarksSign up free
← Extradition Act 1992

Extradition Act 1992 s 20

Extradition Act 1992 s 20

s 20 Procedure before Sessions Court where a special direction has been given under section 4

(1) Where a direction has been given by the Minister under section 4, the Sessions Court shall— (a) after hearing any representation made in support of the extradition request; (b) upon the production of supporting documents in relation to the offence; (c) upon being satisfied that the alleged act or omission of the fugitive criminal would, if it had taken place in Malaysia, constitute an offence under the laws of Malaysia; (d) if the fugitive criminal does not satisfy the Court that there are substantial grounds for believing that— (i) the offence is an offence of a political character, or that the proceedings are being taken with a view to try or punish him for an offence of a political character; (ii) prosecution for the offence in respect of which his return is sought is barred by time in the country which seeks his return; (iii) the offence is an offence under military law which is not also an offence under the general criminal law; (iv) the fugitive criminal has been acquitted or pardoned by a competent tribunal or authority in the country which seeks his return or in Malaysia; (v) the fugitive criminal has undergone the punishment provided by the law of the country which seeks his return or of Malaysia in respect of the extradition offence or any other offence constituted by the same conduct as that which constitutes the extradition offence; (e) upon being satisfied that the fugitive is not accused of an offence, nor undergoing a sentence in respect of an offence, in Malaysia, other than the extradition offence in respect of which his return is sought, commit the fugitive criminal to prison to await the order by the Minister for his surrender. (2) In the proceedings before the Sessions Court under subsection (1) the fugitive criminal is not entitled to adduce, and the Court is not entitled to receive, evidence to contradict the allegation that the fugitive criminal has done or omitted to do the act which constitutes the extradition offence for which his return is sought. (3) In this section, “supporting documents” means— (a) any duly authenticated warrant for the arrest of the fugitive criminal issued by the country which seeks his return or any duly authenticated copy of such warrant; (b) any duly authenticated document to provide evidence of the fugitive criminal’s conviction or sentence or the extent to which a sentence imposed has not been carried out; (c) a statement in writing setting out a description of, and the penalty applicable in respect of, the offence and a duly authenticated statement in writing setting out the conduct constituting the offence.

Malay text (authoritative)

Tatacara di hadapan Mahkamah Sesyen jika arahan khas telah diberikan di bawah seksyen 4

(1) Jika sesuatu arahan telah diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 4, maka Mahkamah Sesyen hendaklah― (a) setelah mendengar apa-apa representasi yang dibuat bagi menyokong permintaan ekstradisi itu; (b) apabila dikemukakan dokumen sokongan berhubungan dengan kesalahan itu; (c) apabila berpuas hati bahawa perbuatan atau peninggalan yang dikatakan dilakukan oleh penjenayah buruan itu akan, sekiranya telah berlaku di Malaysia, menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia; (d) jika penjenayah buruan itu tidak memuaskan hati Mahkamah bahawa terdapat alasan substansial bagi mempercayai bahawa― (i) kesalahan itu ialah kesalahan yang bersifat politik atau bahawa prosiding itu telah diambil dengan tujuan membicarakan atau menghukumnya atas kesalahan yang bersifat politik; (ii) pendakwaan bagi kesalahan yang berkenaan dengannya pemulangannya cuba didapatkan adalah terhalang oleh masa di negara yang cuba mendapatkan pemulangannya itu; (iii) kesalahan itu ialah suatu kesalahan di bawah undang-undang tentera yang bukanlah suatu kesalahan juga di bawah undang-undang jenayah am; (iv) penjenayah buruan itu telah dibebaskan atau diampunkan oleh suatu tribunal atau pihak berkuasa yang kompeten di negara yang cuba mendapatkan pemulangannya atau di Malaysia; (v) penjenayah buruan itu telah menjalani hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang negara yang cuba mendapatkan pemulangannya atau undang-undang Malaysia yang berkenaan dengan kesalahan ekstradisi itu atau mana-mana kesalahan lain yang terdiri daripada perbuatan yang sama dengan yang menjadi kesalahan ekstradisi itu; (e) apabila berpuas hati bahawa penjenayah buruan itu tidak dituduh atas sesuatu kesalahan, dan tidak juga sedang menjalani sesuatu hukuman berkenaan dengan sesuatu kesalahan, di Malaysia, selain daripada kesalahan ekstradisi yang berkenaan dengannya pemulangannya cuba didapatkan. mengkomitkan penjenayah buruan itu ke penjara untuk menunggu perintah Menteri bagi penyerahannya. (2) Dalam prosiding di hadapan Mahkamah Sesyen di bawah subseksyen (1) penjenayah buruan itu tidak berhak untuk mengemukakan, dan Mahkamah tidak berhak untuk menerima, keterangan untuk menyangkal pengataan bahawa penjenayah buruan itu telah melakukan atau meninggalkan daripada melakukan perbuatan yang menjadi kesalahan ekstradisi yang baginya pemulangannya cuba didapatkan. (3) Dalam seksyen ini, “dokumen sokongan” ertinya― (a) apa-apa waran yang disahkan dengan sewajarnya bagi penangkapan penjenayah buruan itu yang dikeluarkan oleh negara yang cuba mendapatkan pemulangannya, atau apa-apa salinan yang disahkan dengan sewajarnya bagi waran itu; (b) apa-apa dokumen yang disahkan dengan sewajarnya untuk memberikan keterangan tentang sabitan atau hukuman penjenayah buruan itu atau setakat manakah hukuman yang dikenakan itu belum dijalankan; (c) suatu pernyataan secara bertulis yang menyatakan perihalan tentang, dan penalti yang terpakai berkenaan dengan, kesalahan itu dan suatu pernyataan secara bertulis yang disahkan dengan sewajarnya yang menyatakan kelakuan yang menjadi kesalahan itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 479 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next