s 22 Waiver of committal proceedings by fugitive criminal
(1) When the fugitive criminal is brought before the Sessions Court he may inform the Court that he consents to a waiver of the committal proceedings before the Court and the Court shall—
(a) ascertain whether the consent is given voluntarily;
(b) upon being satisfied that such consent is given voluntarily, advise the fugitive criminal that the effect of so consenting will be that—
(i) he will be committed to prison;
(ii) he will not be entitled to apply under section 36 for a writ of habeas corpus to review the validity of the decision to commit him to prison;
(iii) upon his return to the country which made the requisition for his return, he shall be tried for the extradition offence in respect of which his extradition was requested or he may be tried for any lesser offence proved by the facts on which that extradition offence was grounded;
(iv) upon his return to that country, he may also be tried for any other extradition offence in respect of which the Minister so consents under section 10.
(2) If, after the fugitive criminal has been advised in accordance with paragraph (1)(b), the fugitive criminal again consents to the waiver, the Court shall commit the fugitive criminal to prison to await the warrant of the Minister under subsection (3).
(3) The Minister may, at any time after a fugitive criminal has been committed to prison, issue—
(a) a temporary surrender warrant; or
(b) a surrender warrant,
as the case may be, for the return of the fugitive criminal to the country concerned.
(4) Section 36 shall not apply to a fugitive criminal committed to prison under this section.
Malay text (authoritative)
Penepian prosiding pengkomitan oleh penjenayah buruan
(1) Apabila penjenayah buruan dibawa ke hadapan Mahkamah Sesyen, dia boleh memberitahu Mahkamah itu bahawa dia bersetuju untuk menepikan prosiding pengkomitan di Mahkamah itu dan Mahkamah itu hendaklah―
(a) memastikan sama ada persetujuan itu diberikan secara sukarela;
(b) setelah berpuas hati bahawa persetujuan itu diberikan secara sukarela, menasihati penjenayah buruan itu bahawa akibat daripada persetujuan sedemikian ialah―
(i) dia akan dikomitkan ke penjara;
(ii) dia tidak berhak untuk memohon di bawah seksyen 36 bagi mendapatkan writ habeas corpus untuk mengkaji semula kesahan keputusan untuk mengkomitkannya ke penjara;
(iii) apabila dia dipulangkan ke negara yang membuat rekuisisi bagi pemulangannya, dia akan dibicarakan atas kesalahan ekstradisi yang berkenaan dengannya ekstradisinya telah diminta atau dia boleh dibicarakan atas apa-apa kesalahan yang lebih ringan hukumannya yang dibuktikan oleh fakta yang menjadi asas kesalahan ekstradisi itu;
(iv) apabila dia dipulangkan ke negara itu, dia boleh juga dibicarakan bagi apa-apa kesalahan ekstradisi lain yang berkenaan dengannya Menteri memberikan keizinan di bawah seksyen 10.
(2) Jika, selepas penjenayah buruan itu telah dinasihati mengikut perenggan (1)(b), penjenayah buruan itu sekali lagi bersetuju terhadap penepian itu, maka Mahkamah hendaklah mengkomitkan penjenayah buruan itu ke penjara untuk menunggu waran Menteri di bawah subseksyen (3).
(3) Menteri boleh, pada bila-bila masa selepas penjenayah buruan itu dikomitkan ke penjara, mengeluarkan―
(a) suatu waran penyerahan sementara; atau
(b) suatu waran penyerahan,
mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi pemulangan penjenayah buruan itu ke negara yang berkenaan.
(4) Seksyen 36 tidak terpakai bagi seseorang penjenayah buruan yang dikomitkan ke penjara di bawah seksyen ini.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).