Extradition Act 1992 s 28
s 28 Transfer of persons to Brunei Darussalam or Singapore
Where a warrant has been executed in Malaysia pursuant to section 26, the person arrested shall be produced as soon as possible before a Magistrate in Malaysia, who shall, if satisfied that he is the person specified in the warrant, direct that the arrested person be transferred forthwith in custody to the appropriate court in Brunei Darussalam or the Republic of Singapore; and any such person shall, while in such custody, be deemed for all purposes to be in lawful custody:
Provided that such Magistrate may, if for reasons to be recorded by him he is satisfied that it is in the interests of justice to do so and if the case is one in which bail may lawfully be granted, release the person arrested on bail conditional on his appearing before the appropriate court in Brunei Darussalam or the Republic of Singapore at a time to be specified in the bond and bail bond.
Malay text (authoritative)
Pemindahan orang ke Brunei Darussalam atau Singapura
Jika sesuatu waran telah disempurnakan di Malaysia menurut seksyen 26, orang yang ditangkap itu hendaklah dikemukakan dengan seberapa segera yang mungkin ke hadapan seorang Majistret di Malaysia, yang hendaklah, jika berpuas hati bahawa orang itu ialah orang yang dinyatakan dalam waran, mengarahkan supaya orang yang ditangkap itu diserahkan dengan serta-merta dalam jagaan kepada mahkamah yang berkenaan di Brunei Darussalam atau Republik Singapura; dan mana-mana orang sedemikian hendaklah, ketika dalam jagaan itu, disifatkan bagi segala maksud berada dalam jagaan yang sah:
Dengan syarat bahawa Majistret itu boleh, jika atas sebab yang hendaklah direkodkan olehnya dia berpuas hati bahawa adalah bagi kepentingan keadilan dia berbuat demikian, dan jika kes itu ialah kes yang boleh diberikan jaminan dengan sah, melepaskan orang yang
ditangkap itu atas jaminan dengan syarat orang itu hadir di hadapan mahkamah yang berkenaan di Brunei Darussalam atau Republik Singapura pada masa yang hendaklah dinyatakan di dalam bon dan bon jaminan.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 479 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).