Extradition Act 1992 s 35
s 35 Persons temporarily returned to Malaysia
(1) Where a person who is serving a sentence of imprisonment in respect of an offence in any country is returned by that country to Malaysia, the person—
(a) shall, while travelling to and from, and while in Malaysia, be kept in custody as the Minister orders in writing and the Minister may make such an order notwithstanding anything in any written law to the contrary; and
(b) shall not be tried in Malaysia in respect of any offence other than an offence proved by the facts on which the return is based or any lesser offence proved by the facts on which that return was grounded or, with the consent of the country which returned him, any other extraditable offence.
(2) Where—
(a) a person is held in custody in accordance with an order of the Minister under paragraph (1)(a); and
(b) the country which returned the person informs Malaysia that the person has served his sentence of imprisonment in that country and is no longer required to be returned,
the Minister shall revoke such order.
Malay text (authoritative)
Orang yang dipulangkan sementara ke Malaysia
(1) Jika seseorang yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan yang berkenaan dengan sesuatu kesalahan di manamana negara dipulangkan oleh negara itu ke Malaysia, orang itu―
(a) hendaklah, semasa dalam perjalanan ke atau dari, dan semasa di Malaysia, diletakkan dalam jagaan seperti yang diarahkan oleh Menteri secara bertulis dan Menteri boleh membuat perintah sedemikian walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan; dan
(b) tidak boleh dibicarakan di Malaysia berkenaan dengan apa-apa kesalahan selain daripada kesalahan yang dibuktikan oleh fakta yang menjadi asas pemulangan itu atau apa-apa kesalahan yang lebih ringan hukumannya yang dibuktikan oleh fakta yang menjadi asas pemulangan, atau, dengan keizinan negara yang memulangkannya, apa-apa kesalahan boleh ekstradisi lain.
(2) Jika―
(a) seseorang ditahan dalam jagaan mengikut perintah Menteri di bawah perenggan (1)(a); dan
(b) negara yang memulangkan orang itu memberitahu Malaysia bahawa orang itu telah menjalani hukuman pemenjaraan di negara itu dan tidak lagi dikehendaki untuk dipulangkan,
maka Menteri hendaklah membatalkan perintah sedemikian.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 479 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).