My bookmarksSign up free
← Tourism Industry Act 1992

Tourism Industry Act 1992 s 2

Tourism Industry Act 1992 s 2

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “accommodation premises” means any building, including hostels, hotels, inns, boarding-houses, rest houses and lodging houses, held out by the proprietor, owner or manager, either wholly or partly, as offering lodging or sleeping accommodation to tourists for hire or any other form of reward, whether or not food or drink is also offered; “authorized officer” means an officer authorized by the Minister under section 40; “Commissioner” means the Commissioner of Tourism appointed under section 4; “company” has the meaning assigned thereto by the Companies Act 1965 [Act 125]; “excursion vehicle” means a vehicle used exclusively for the conveyance of tourists and in consideration of a payment which has no fare stages; “inbound tour” means a tour to or of Malaysia or any place within Malaysia; “licence” means a licence granted under this Act; “licensed tour operator” means a person licensed under subsection 7(1) to carry on or operate a tour operating business; “licensed tourism enterprise” means any tourism enterprise which is licensed under subsection 7(1); “licensed tourist guide” means a person licensed under subsection 24(1) to act as a tourist guide; “licensed travel agent” means a person licensed under subsection 7(1) to carry on or operate a travel agency business; “Malaysia Tourism Promotion Board” means the Malaysia Tourism Promotion Board established under section 3 of the Malaysia Tourism Promotion Board Act 1992 [Act 481]; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for tourism; “outbound tour” means a tour to or of any place outside Malaysia; “person” includes a body of persons, corporate or unincorporate; “prescribed”, where no mode is mentioned, means prescribed by this Act or any regulations made under this Act; “tour” includes sightseeing, excursions, shopping, visits to places of interest or entertainment, and other activities normally undertaken by a tourist; “tour operating business” means any business of providing all or any of the following services: (a) arranging for sale or commission any transportation, accommodation, tour services or any other incidental services for tourists within or outside Malaysia; (b) organizing or conducting for sale or commission inbound or outbound tours; (c) providing conveyances for hire to tourists; (d) any other services incidental to any of the services enumerated above; “tourism enterprise” means— (a) any tour operating business; (b) any travel agency business; or (c) (Deleted by Act A1153); (d) (Deleted by Act A1153); (e) any business of providing tourism training institutions; “tourism training institution” means— (a) an institution, centre or school that provides training or courses in respect of tourism services and management, including hotel and catering services; and (b) has been designated by the Minister under section 3 as a tourism training institution; “tourist” means any person, whether he is a Malaysian national or otherwise, visiting any place in Malaysia for any of the following purposes, namely— (a) pleasure, recreation or holiday; (b) culture; (c) religion; (d) visiting friends or relatives; (e) sports; (f) business; (g) meetings, conferences, seminars or conventions; (h) studies or research; (i) any other purpose which is not related to an occupation that is remunerated from the place visited; “tourist accommodation premises” means any accommodation premises which have been registered by the Commissioner under subsection 31C (1) as tourist accommodation premises; “tourist guide” means a person who renders service to tourists or any other persons by guiding them on tours for remuneration; “travel agency business” means any business of providing all or any of the following services: (a) selling, arranging or making available for commission, tickets entitling a person to travel on any conveyance either by land, sea or air; (b) selling, arranging or making available for commission, accommodation places within Malaysia or outside Malaysia; (c) any other services incidental to any of the services enumerated above; “Secretary General” means the Secretary General of the Ministry charged with the responsibility for tourism. (2) Any reference in this Act to “this Act” shall, unless otherwise expressly stated, be deemed to include a reference to any regulation, order, notification or other subsidiary legislation made under this Act.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “ditetapkan”, jika tiada cara disebut, ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “ejen pengembaraan berlesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah subseksyen 7(1) untuk menjalankan atau mengendalikan suatu perniagaan agensi pengembaraan; “institusi latihan pelancongan” ertinya— (a) suatu institusi, pusat pengajian atau sekolah yang menyediakan latihan atau kursus berkenaan dengan perkhidmatan dan pengurusan pelancongan, termasuk perkhidmatan hotel dan katering; dan (b) telah dinamakan oleh Menteri di bawah seksyen 3 sebagai suatu institusi latihan pelancongan; “kenderaan persiaran” ertinya kenderaan yang digunakan secara eksklusif untuk membawa pelancong dan sebagai balasan kepada satu pembayaran yang tiada peringkat tambang; “Ketua Setiausaha” ertinya Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan; “Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia” ertinya Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 [Akta 481]; “lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah Akta ini; “melancong” termasuklah berdarmawisata, bersiar-siar, membelibelah, melawat ke tempat menarik atau hiburan, dan aktiviti lain yang biasanya dilakukan oleh seseorang pelancong; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan; “orang” termasuklah kumpulan orang, diperbadankan atau tidak diperbadankan; “pegawai diberi kuasa” ertinya pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 40; “pelancong” ertinya mana-mana orang, sama ada dia ialah seorang warganegara Malaysia atau selainnya, yang melawat mana-mana tempat di dalam Malaysia untuk apa-apa maksud yang berikut, iaitu— (a) keseronokan, rekreasi atau percutian; (b) kebudayaan; (c) agama; (d) melawat kawan atau saudara-mara; (e) sukan; (f) perniagaan; (g) mesyuarat, persidangan, seminar atau konvensyen; (h) pengajian atau penyelidikan; (i) apa-apa maksud lain yang tidak berkaitan dengan suatu pekerjaan yang mendapat saraan daripada tempat dilawati itu; “pelancongan dalam negeri” ertinya pelancongan ke atau di Malaysia atau mana-mana tempat di dalam Malaysia; “pelancongan ke luar negeri” ertinya pelancongan ke atau di manamana tempat di luar Malaysia; “pemandu pelancong” ertinya orang yang memberikan perkhidmatan kepada pelancong atau mana-mana orang lain dengan memandu mereka demi bayaran apabila melancong; “pemandu pelancong berlesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah subseksyen 24(1) untuk bertindak sebagai seorang pemandu pelancong; “pengendali pelancongan berlesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah subseksyen 7(1) untuk menjalankan atau mengendalikan suatu perniagaan pengendalian pelancongan; “pengusahaan pelancongan” ertinya— (a) mana-mana perniagaan pengendalian pelancongan; (b) mana-mana perniagaan agensi pengembaraan; (c) (Dipotong oleh Akta A1153); (d) (Dipotong oleh Akta A1153); (e) mana-mana perniagaan yang menyediakan institusi latihan pelancongan; “pengusahaan pelancongan berlesen” ertinya mana-mana pengusahaan pelancongan yang dilesenkan di bawah subseksyen 7(1); “perniagaan agensi pengembaraan” ertinya mana-mana perniagaan yang menyediakan semua atau mana-mana daripada perkhidmatan yang berikut: (a) menjual, mengatur atau mengadakan untuk komisen, tiket yang melayakkan seseorang untuk membuat pengembaraan dengan menggunakan apa-apa pengangkutan sama ada melalui darat, laut atau udara; (b) menjual, mengatur atau mengadakan untuk komisen, tempat penginapan di dalam Malaysia atau di luar Malaysia; (c) apa-apa perkhidmatan lain yang bersampingan dengan mana-mana perkhidmatan yang disenaraikan di atas; “perniagaan pengendalian pelancongan” ertinya mana-mana perniagaan yang menyediakan semua atau mana-mana daripada perkhidmatan yang berikut: (a) mengatur untuk jualan atau komisen apa-apa perkhidmatan pengangkutan, penginapan, pelancongan atau apa-apa perkhidmatan bersampingan yang lain bagi pelancong di dalam atau di luar Malaysia; (b) mengelolakan atau menjalankan untuk jualan atau komisen pelancongan dalam atau ke luar negeri; (c) menyediakan pengangkutan untuk disewa kepada pelancong; (d) apa-apa perkhidmatan lain yang bersampingan dengan mana-mana perkhidmatan yang disenaraikan di atas; “Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Pelancongan yang dilantik di bawah seksyen 4; “premis penginapan” ertinya mana-mana bangunan, termasuk asrama, hotel, rumah inapan, rumah tumpangan, rumah rehat, rumah pemalaman, dan struktur lain sama ada kekal atau sementara, yang dikemukakan oleh tuan punya, pemunya atau pengurusnya, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, sebagai menawarkan tempat penginapan pemalaman atau tempat tidur kepada pelancong untuk disewa atau dengan balasan apa-apa bentuk ganjaran yang lain, sama ada makanan atau minuman juga disediakan atau tidak; “premis penginapan pelancong” ertinya mana-mana premis penginapan yang telah didaftarkan oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen 31C(1) sebagai premis penginapan pelancong; “syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh *Akta Syarikat 2016 [Akta 777]. (2) Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “Akta ini” hendaklah, melainkan jika disebutkan dengan nyata selainnya, disifatkan sebagai termasuk sebutan mengenai apa-apa peraturan-peraturan, perintah, *CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]–lihat subseksyen 620(1) Akta 777. pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part 1 →

Find Act 482 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next