s 4 Privileges and immunities of certain international organizations and persons
(1) Subject to this section, and to subsections 11(3), 11(4) and 11(5), the Minister may by regulations either with or without restrictions or to the extent or subject to the conditions prescribed in such regulations—
(a) confer upon an international organization—
(i) juridical personality and such legal capacities as are necessary for the exercise of the powers and the performance of the functions of the organization; and
(ii) all or any of the privileges and immunities specified in the First Schedule;
(b) confer—
(i) upon a person who is, or is performing the duties of, a high officer all or any of the privileges and immunities specified in Part I of the Second Schedule; and
(ii) upon a person who has ceased to be, or perform the duties of, a high officer the immunities specified in Part II of the Second Schedule;
(c) confer—
(i) upon a person who is accredited to, or is in attendance at, an international conference convened by an international organization as a representative of—
(A) a country other than Malaysia;
(B) another international organization; or
(C) an overseas organization, all or any of the privileges and immunities specified in Part I of the Third Schedule;
(ii) upon a person who has ceased to be accredited to such an organization, or has attended such a conference, as such a representative the immunities specified in Part II of the Third Schedule;
(d) confer—
(i) upon a person (not being a high officer) who holds an office in an international organization all or any of the privileges and immunities specified in Part I of the Fourth Schedule; and
(ii) upon a person who has ceased to hold such an office the immunities specified in Part II of the Fourth Schedule; and
(e) confer—
(i) upon a person who is serving on a committee, or is participating in the work, of an international organization or is performing, whether alone or jointly with other persons, a mission on behalf of such an organization all or any of the privileges and immunities specified in Part I of the Fifth Schedule; and
(ii) upon a person who has served on such a committee or participated in such work or has performed such a mission the immunities specified in Part II of the Fifth Schedule.
(2) The Minister may make regulations for the purpose of this section which may be of general application or may relate to—
(a) particular international organizations;
(b) particular officers or classes of officers;
(c) particular conferences, committees or missions or classes of conferences, committees or missions; or
(d) representatives of particular countries or of particular international organizations or of particular overseas organizations.
(3) Where by the regulations any privileges or immunities are conferred upon a person who is accredited to, or is in attendance at an international conference convened by, an international organization as a representative of—
(a) a country other than Malaysia;
(b) another international organization; or
(c) an overseas organization,
that person is entitled to the same privileges and immunities while travelling to a place for the purpose of presenting his credentials or of attending the conference or while returning from a place after ceasing to be so accredited or after attending the conference.
(4) Where by the regulations any privileges or immunities are conferred upon a person who is serving on a committee, or participating in the work, of an international organization or who is performing, whether alone or jointly with other persons, a mission on behalf of such an organization, that person is entitled to the same privileges and immunities while travelling to a place for the purpose of serving on the committee or participating in that work or performing the mission or while returning from a place after serving on the committee or participating in the work or performing the mission.
(5) Subject to subsection (6), where by the regulations or by subsection (3) any privileges or immunities are conferred upon a person who is, or has been, a person accredited to, or in attendance at an international conference convened by, an international organization as a representative of—
(a) a country other than Malaysia;
(b) another international organization; or
(c) an overseas organization,
a person who is, or has been during any period, a member of the official staff of the first-mentioned person is entitled, in respect of that period, to the same privileges and immunities.
(6) Except as the Minister may otherwise provide by regulations, a person who is or has been a representative of—
(a) a country other than Malaysia;
(b) an international organization; or
(c) an overseas organization,
or a member of the official staff of such a representative during the period when he is or was a Malaysian citizen is not entitled under this section or the regulations to any privileges or immunities, except in respect of acts and things done in his capacity as such a representative or member.
Malay text (authoritative)
Keistimewaan dan kekebalan organisasi antarabangsa dan orang tertentu
(1) Tertakluk kepada seksyen ini, dan kepada subseksyen 11(3), 11(4) dan 11(5), Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan sama ada dengan atau tanpa sekatan atau setakat atau tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu—
(a) memberi sesuatu organisasi antarabangsa—
(i) keperibadian juridikal dan keupayaan undangundang yang perlu bagi menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi organisasi itu; dan
(ii) semua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
(b) memberi—
(i) seseorang yang menjadi atau yang sedang melaksanakan kewajipan seorang pegawai tinggi semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Kedua; dan
(ii) seseorang yang tidak lagi menjadi atau melaksanakan kewajipan seorang pegawai tinggi kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kedua;
(c) memberi—
(i) seseorang yang ditauliahkan kepada atau yang hadir di sesuatu persidangan antarabangsa yang diadakan oleh sesuatu organisasi antarabangsa sebagai wakil—
(A) suatu negara selain Malaysia;
(B) suatu organisasi antarabangsa yang lain; atau
(C) suatu organisasi seberang laut,
semua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Ketiga;
(ii) seseorang yang tidak lagi ditauliahkan kepada organisasi sedemikian, atau yang telah hadir di persidangan sedemikian, sebagai wakil sedemikian kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Ketiga;
(d) memberi—
(i) seseorang (yang bukan pegawai tinggi) yang memegang jawatan dalam sesuatu organisasi antarabangsa semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Keempat; dan
(ii) seseorang yang tidak lagi memegang jawatan sedemikian kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Keempat; dan
(e) memberi—
(i) seseorang yang sedang berkhidmat dalam sesuatu jawatankuasa, atau yang sedang mengambil bahagian dalam kerja, sesuatu organisasi antarabangsa atau yang sedang melaksanakan suatu misi bagi pihak organisasi sedemikian sama ada seorang diri atau bersama dengan orang lain semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Kelima; dan
(ii) seseorang yang telah berkhidmat dalam suatu jawatankuasa sedemikian atau telah mengambil bahagian dalam kerja sedemikian atau telah melaksanakan misi sedemikian kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kelima.
(2) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud seksyen ini sama ada yang am pemakaiannya atau yang berhubungan dengan—
(a) organisasi antarabangsa tertentu;
(b) pegawai tertentu atau golongan pegawai tertentu;
(c) persidangan, jawatankuasa atau misi tertentu atau golongan persidangan, jawatankuasa atau misi tertentu; atau
(d) wakil negara tertentu atau organisasi antarabangsa tertentu atau organisasi seberang laut tertentu.
(3) Jika, melalui peraturan-peraturan, apa-apa keistimewaan atau kekebalan diberikan kepada seseorang yang ditauliahkan kepada, atau yang hadir di suatu persidangan antarabangsa yang diadakan oleh, suatu organisasi antarabangsa sebagai wakil—
(a) suatu negara selain Malaysia;
(b) suatu organisasi antarabangsa yang lain; atau
(c) suatu organisasi seberang laut,
orang itu adalah berhak mendapat keistimewaan dan kekebalan yang sama semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat bagi maksud mengemukakan tauliahnya atau menghadiri persidangan itu atau semasa dalam perjalanan pulang dari sesuatu tempat selepas dia tidak lagi ditauliahkan sedemikian atau selepas menghadiri persidangan itu.
(4) Jika, melalui peraturan-peraturan, apa-apa keistimewaan atau kekebalan diberikan kepada seseorang yang sedang berkhidmat dalam sesuatu jawatankuasa, atau sedang mengambil bahagian dalam kerja, suatu organisasi antarabangsa atau yang sedang melaksanakan suatu misi bagi pihak organisasi itu sama ada seorang diri atau bersama dengan orang lain, orang itu adalah berhak mendapat keistimewaan dan kekebalan yang sama semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat bagi maksud berkhidmat dalam jawatankuasa itu atau mengambil bahagian dalam kerja itu atau melaksanakan misi itu atau semasa dalam perjalanan pulang dari sesuatu tempat selepas berkhidmat dalam jawatankuasa itu atau mengambil bahagian dalam kerja itu atau melaksanakan misi itu.
(5) Tertakluk kepada subseksyen (6), jika, melalui peraturanperaturan atau melalui subseksyen (3), apa-apa keistimewaan atau kekebalan diberikan kepada seseorang yang menjadi, atau yang pernah menjadi, orang yang ditauliahkan kepada, atau yang hadir di sesuatu persidangan antarabangsa yang diadakan oleh, sesuatu organisasi antarabangsa sebagai wakil—
(a) sesuatu negara selain Malaysia;
(b) sesuatu organisasi antarabangsa yang lain; atau
(c) sesuatu organisasi seberang laut,
maka seseorang yang menjadi, atau yang pernah dalam apa-apa tempoh menjadi, anggota kakitangan rasmi orang yang mula-mula disebut itu adalah berhak, berkenaan dengan tempoh itu, mendapat keistimewaan dan kekebalan yang sama.
(6) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Menteri melalui peraturan-peraturan, seseorang yang menjadi atau yang pernah menjadi wakil—
(a) sesuatu negara selain Malaysia;
(b) suatu organisasi antarabangsa; atau
(c) suatu organisasi seberang laut,
atau anggota kakitangan rasmi wakil sedemikian dalam tempoh semasa dia menjadi seorang warganegara Malaysia tidaklah berhak di bawah seksyen ini atau di bawah peraturan-peraturan mendapat apa-apa keistimewaan atau kekebalan, kecuali berkenaan dengan perbuatan dan perkara yang dilakukan atas sifatnya sebagai wakil atau anggota sedemikian.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).