Majlis Amanah Rakyat Act 1966 s 13
s 13 Establishment of the Fund
(1) For the purposes of this Act there is hereby established a fund (in this Act referred to as “the Fund”) to be administered and controlled by the Majlis.
(2) The Fund shall consist of—
(a) such sums as may be provided from time to time for that purpose by Parliament;
(b) such sums as may be allocated from time to time to the Majlis from loan funds;
(c) all sums from time to time received by or falling due to the Majlis in respect of the repayment of any loan made by the Majlis and the interest payable in respect of any such loan;
(d) moneys earned by the operation of any project, scheme or enterprise financed from the Fund;
(e) moneys earned or arising from any property, investments, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Majlis;
(f) any property, investments, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Majlis;
(g) sums borrowed by the Majlis for the purpose of meeting any of its obligations or discharging any of its duties; and
(h) all other sums or property which may in any manner become payable to or vested in the Majlis in respect of any matter incidental to its powers and duties.
(3) In this section the expression “loan funds” means such sums as may be made available from time to time to the Government by way of loan.
Malay text (authoritative)
Penubuhan Kumpulan Wang
(1) Bagi maksud Akta ini dengan ini ditubuhkan suatu kumpulan wang (dalam Akta ini disebut “Kumpulan Wang”) yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Majlis.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen;
(b) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Majlis daripada kumpulan wang pinjaman;
(c) segala jumlah wang yang dari semasa ke semasa diterima oleh atau kena dibayar kepada Majlis berkenaan dengan pembayaran balik mana-mana pinjaman yang diberikan oleh Majlis dan bunga yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana pinjaman itu;
(d) wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(e) wang yang diperoleh atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Majlis;
(f) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Majlis;
(g) jumlah wang yang dipinjam oleh Majlis bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
(h) segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Majlis berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.
(3) Dalam seksyen ini, ungkapan “kumpulan wang pinjaman” ertinya apa-apa jumlah wang yang dijadikan tersedia dari semasa ke semasa oleh Kerajaan dengan cara pinjaman.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 489 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).