Majlis Amanah Rakyat Act 1966 s 39
s 39 Continuance of laws, etc.
(1) Subject to this Act, all written laws, orders, rules and regulations affecting or for the protection of the Authority and in force immediately before the appointed day shall, until amended or revoked by the authority having power so to do, continue in force on and after the appointed day and be construed as if this Act had not been passed:
Provided that any references therein to the Authority unless the context otherwise requires shall be construed as references to the Majlis, and expressions importing such a reference shall be construed accordingly.
(2) All orders, directions, appointments, notifications, rules and regulations made under the Ordinance and in force immediately before the appointed day shall, insofar as they are not inconsistent with this Act, be deemed to have been made under this Act and shall continue in force until other provisions shall be made under this Act or until the date upon which they expire.
Malay text (authoritative)
Penerusan undang-undang, dsb.
(1) Tertakluk kepada Akta ini, segala undang-undang bertulis, perintah, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan mengenai atau bagi perlindungan Lembaga dan yang berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa pada dan selepas hari yang ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak diluluskan:
Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan dalamnya mengenai Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Majlis, dan ungkapan yang membawa maksud sebutan itu hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
(2) Segala perintah, arahan, pelantikan, pemberitahuan, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Ordinan itu dan yang berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, setakat yang selaras dengan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh yang padanya ia habis tempoh.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 489 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).