Majlis Amanah Rakyat Act 1966 s 43
s 43 Continuance of criminal and civil proceedings
(1) Subject to this Act, neither the repeal of the Ordinance nor anything contained in this Act shall affect any person’s liability to be prosecuted or punished for offences committed under the Ordinance before the appointed day, or any proceedings brought or sentence imposed before that day in respect of such offence.
(2) Subject to this Act, any proceedings (whether civil or criminal) or cause of action pending or existing immediately before the appointed day by or against the Authority or any person acting on behalf of the Authority may be continued or instituted by or against the Majlis as it might have been by or against the Authority or such person if this Act had not been passed.
(3) Any appeal brought or any leave to appeal applied on or after the appointed day against a decision given in any legal proceedings before that day may be brought by or against the Majlis.
Malay text (authoritative)
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
(1) Tertakluk kepada Akta ini, pemansuhan Ordinan itu atau apa-apa yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Ordinan itu sebelum hari yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu.
(2) Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Majlis sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diluluskan.
(3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap Majlis.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 489 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).