Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 s 10B
s 10B Disclosure of existing interest
(1) Every member, officer or servant having any interest as is mentioned in subsection 10a(1) shall, within six months of the coming into force of this section, disclose fully to the Lembaga the fact of the interest and the nature hereof and such disclosure shall be recorded in the minutes of the Lembaga and the member shall at no time take part in any proceedings of the Lembaga relating to the undertaking, enterprise, company, corporation or contract in which he has the interest and the officer or servant shall cease to exercise all powers and duties in relation thereto, but the member, officer or servant may otherwise continue to be—
(a) a member subject to any conditions or restrictions the Minister may impose; or
(b) an officer or a servant subject to any conditions or restrictions the Lembaga may impose.
(2) Where the member having such interest is the Chairman, he shall vacate the chair and another member shall be elected to preside during the proceedings relating to the undertaking, enterprise, company, corporation or contract in which he has the interest.
(3) Any member, officer or servant who contravenes this section commits an offence and shall be liable on conviction to the punishment provided in subsection 10a(5).
Malay text (authoritative)
Penzahiran kepentingan yang sedia ada
(1) Ti a p - t i a p a h l i , p e g a w a i a t a u p e k h i d m a t y a n g mempunyai apa-apa kepentingan sebagaimana yang disebut dalam subseksyen 10a(1) hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh mula berkuatkuasanya seksyen ini, menzahirkan dengan sepenuhnya kepada Lembaga hakikat kepentingan dan jenis kepentingan itu dan penzahiran itu hendaklah dicatatkan dalam minit Lembaga dan ahli itu tidak boleh pada bila-bila masa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Lembaga yang berhubungan dengan pengusahaan, perusahaan, syarikat, perbadanan atau kontrak yang dalamnya dia mempunyai kepentingan itu dan pegawai atau pekhidmat itu hendaklah berhenti menjalankan semua kuasa dan kewajipan yang berhubungan dengannya, tetapi ahli, pegawai atau pekhidmat itu boleh terus menjadi—
(a) seorang ahli tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Menteri; atau
(b) seorang pegawai atau pekhidmat tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga.
(2) Jika ahli yang mempunyai kepentingan itu ialah Pengerusi, dia hendaklah berhenti menjadi Pengerusi dan seorang ahli lain hendaklah dipilih untuk menjadi pengerusi semasa prosiding yang berhubungan dengan pengusahaan, perusahaan, syarikat, perbadanan atau kontrak yang dalamnya dia mempunyai kepentingan itu.
(3) Seseorang ahli, pegawai atau pekhidmat yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalam subseksyen 10a(5).
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 49 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).