My bookmarksSign up free
← Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 s 10C

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 s 10C

s 10C Surcharge

(1) If it appears to the Lembaga that any person who is or was in the employment of the Lembaga— (a) has failed to collect any moneys owing to the Lembaga for the collection of which he is responsible; (b) is or was responsible for any payment from the Fund of moneys which ought not to have been made or for any payment of moneys which is not duly vouched; (c) is or was responsible, directly or indirectly, for any deficiency in, or for the destruction of, any moneys, stamps, securities, stores or other property of the Lembaga; (d) being or having been an accounting officer, fails or has failed to keep proper accounts or records; (e) has failed to make any payment, or is or was responsible for any delay in the payment, of moneys from the Fund to any person to whom such payment is due under any contract, agreement or arrangement entered into between that person and the Lembaga, the Lembaga shall serve on him a written notice calling on him to show cause why he should not be surcharged, and if a satisfactory explanation is not, within fourteen days from the date of service of the notice as aforesaid, furnished to the Lembaga with regard to the failure to collect, payment which ought not to have been made, payment not duly vouched, deficiency or destruction, or failure to keep proper accounts or records, or failure to make payment, or delay in making payment, the Lembaga may surcharge against the said person a sum not exceeding the amount of any such amount not collected, such payment, deficiency, or loss or the value of the property destroyed, as the case may be; and with regard to the failure to keep proper accounts or records, or the failure to make payment, or the delay in making payment, the Lembaga may surcharge against the said person such sum as the Lembaga may think fit. (2) The Chairman shall cause the Director General to be notified of any surcharge made under subsection (1) and the Director General shall thereupon notify the person surcharged. (3) The Lembaga may at any time withdraw any surcharge in respect of which a satisfactory explanation has been received or if it otherwise appears that no surcharge should have been made, and the Chairman shall at once cause the Director General to be notified of such withdrawal. (4) The amount of any surcharge made under subsection (1) and not withdrawn under subsection (3) shall be a debt due to the Lembaga from the person against whom the surcharge is made and may be sued for and recovered in any court at the suit of the Lembaga and may also be recovered by deduction— (a) from the salary of the person surcharged if the Lembaga so directs; or (b) from the pension of the person surcharged if the Lembaga so directs, by equal monthly instalments not exceeding one-fourth of the total monthly salary or pension, as the case may be, of the person.

Malay text (authoritative)

Surcaj

(1) Jika didapati oleh Lembaga bahawa mana-mana orang yang sedang atau pernah bekerja dengan Lembaga— (a) telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang kepada Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya; (b) adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak disahkan dengan sewajarnya; (c) adalah atau pernah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, atas apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, storan atau harta lain Lembaga; (d) sebagai, atau semasa menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; (e) telah gagal membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga, Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcajkan, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, kepada Lembaga berkenaan dengan kegagalan mengutip, pembayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak disahkan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelambatan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mensurcajkan terhadap orang tersebut suatu amaun yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dikutip, apa-apa bayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelambatan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mensurcajkan terhadap orang tersebut apa-apa amaun sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga itu. (2) Pengerusi hendaklah menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan Ketua Pengarah hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu. (3) Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika didapati selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segera menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang penarikan balik itu. (4) Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh didakwa dan didapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga dan boleh juga didapatkan melalui potongan— (a) daripada gaji orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau (b) daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 49 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next