s 13 Power of arrest, seizure, investigation and prosecution
(1) Any authorized officer or police officer may—
(a) arrest without warrant any person whom he has reason to believe to have committed an offence under this Act or under any rule made thereunder, if such person refuses to furnish his name and address or furnishes an address outside Malaysia or there are reasonable grounds for believing that he had furnished a false name or address or that he is likely to abscond: Provided that when any person has been arrested as aforesaid he shall be thereafter dealt with as provided by the law relating to criminal procedure for the time being in force; and
(b) seize anything which he considers it necessary to seize in relation to the evidence necessary to establish the commission of any such offence.
(2) Any authorized officer and any police officer not below the rank of Inspector may in relation to any investigation in respect of any offence under this Act or any rule made thereunder without order of the Public Prosecutor exercise the special powers in relation to police investigations given by the law relating to criminal procedure in any seizable offence.
(3) Any prosecution in respect of an offence under this Act or under any rule made thereunder may be conducted by an authorized officer.
Malay text (authoritative)
Kuasa bagi menangkap, menyita, menyiasat dan mendakwa
(1) Mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis boleh—
(a) menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia ada sebab untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, jika orang itu enggan memberikan nama dan alamatnya atau jika memberikan suatu alamat di luar Malaysia atau jika ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu telah memberikan suatu nama atau alamat palsu atau bahawa dia mungkin akan melarikan diri: Dengan syarat bahawa apabila seseorang telah ditangkap seperti yang disebut terdahulu, tindakan hendaklah kemudiannya diambil terhadapnya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang berkuat kuasa pada masa ini; dan
(b) menyita apa-apa jua benda yang difikirkannya perlu disita berhubung dengan keterangan yang perlu bagi membuktikan berlakunya sesuatu kesalahan itu.
(2) Mana-mana pegawai diberi kuasa dan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya tanpa perintah Pendakwa Raya, menjalankan kuasa khas yang berhubungan dengan penyiasatan polis, yang diberikan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah dalam apa-apa kesalahan boleh tangkap.
(3) Apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh dijalankan oleh seseorang pegawai diberi kuasa.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 49 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).