My bookmarksSign up free
← Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 s 15

s 15 Power to take possession

(1) If any authorized officer or police officer has reason to believe that any person is committing an offence under this Act or under any rule made thereunder he may take possession in such manner as he shall deem fit of any fish in respect of which he has reason to believe such an offence has been committed or of any vehicle, vessel or other article by means of which any such offence has been committed or which he has reason to believe is intended to be used for the commission of such offence. (2) Where under this section possession has been taken of any fish, the Director Generalβ€” (a) may, if he has reason to believe that an offence under this Act or under any rule made thereunder has been committed and criminal proceedings have been instituted against any person in respect of such offence, apply to the Magistrate for an order that the fish shall be sold or disposed of, and if the fish is ordered to be sold, the proceeds of sale shall be kept until the conclusion of such criminal proceedings; or (b) in any other case, may restore possession to the owner. (3) Where under this section possession has been taken of any vehicle, vessel or other article, the Director Generalβ€” (a) may at his discretion, if he has reason to believe that an offence under this Act or under any rule made thereunder has been committed, temporarily return such vehicle, vessel or other article to the owner of the same on security being furnished to his satisfaction that the vehicle, vessel or other article shall be surrendered to him on demand; or (b) in any other case, may restore possession to the owner. (4) (a) The Director General may in writing delegate his powers under subsections (2) and (3) to any authorized officer and may at any time revoke any such delegation. (b) Notwithstanding any such delegation, the Director General may, if he thinks fit, exercise the powers so delegated.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mengambil milik

(1) Jika mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang sedang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, dia boleh mengambil milik dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut, apa-apa ikan yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai sesuatu kesalahan itu telah dilakukan atau mana-mana kereta, vesel atau barang lain yang telah digunakan bagi melakukan sesuatu kesalahan itu atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai dicadangkan hendak digunakan bagi melakukan kesalahan itu. (2) Jika apa-apa ikan telah diambil milik di bawah seksyen ini, Ketua Pengarahβ€” (a) boleh, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah manamana kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan prosiding jenayah telah dimulakan terhadap mana-mana orang yang berkenaan dengan kesalahan itu, memohon kepada Majistret untuk suatu perintah supaya ikan itu dijual atau dilupuskan dan jika ikan itu diperintahkan supaya dijual, hasil penjualan itu hendaklah disimpan sehingga prosiding jenayah itu selesai; atau (b) boleh, dalam apa-apa hal yang lain, memulihkan pemilikan kepada pemunyanya. (3) Jika mana-mana kereta, vesel atau barang lain telah diambil milik di bawah seksyen ini, Ketua Pengarahβ€” (a) boleh menurut budi bicaranya, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan, memulangkan bagi sementara kereta, vesel atau barang lain itu kepada pemunyanya apabila jaminan diberikan dengan memuaskan hatinya bawah kereta, vesel atau barang lain itu akan diserahkan balik kepadanya apabila diminta; atau (b) boleh, dalam apa-apa hal yang lain, memulihkan pemilikan kepada pemunyanya. (4) (a) Ketua Pengarah boleh secara bertulis mewakilkan kuasanya di bawah subseksyen (2) dan (3) kepada mana-mana pegawai diberi kuasa dan boleh pada bila-bila masa menarik balik mana-mana pewakilan itu. (b) Walau apa pun pewakilan itu, Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, menjalankan kuasa yang diwakilkannya sedemikian.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part III β†’

Find Act 49 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next