s 17 General penalty
(1) Any person, other than a body corporate, but including a director or officer of a body corporate, who commits an offence under, or who fails to comply with, any of the provisions of this Act or of any rule made thereunder in respect of which no penalty is expressly provided for, shall be liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding two years or to a fine not exceeding fifteen thousand ringgit or to both and, for a second or subsequent offence, to imprisonment for a term not exceeding five years or to a fine not exceeding twenty-five thousand ringgit or to both.
(2) Any body corporate which commits an offence under, or fails to comply with, any of the provisions of this Act or of any rule made thereunder shall be liable on conviction to a fine not exceeding twenty-five thousand ringgit and, for a second or subsequent offence, to a fine not exceeding fifty thousand ringgit.
(3) Where a person charged with an offence under any of the provisions of this Act or of any rule made thereunder is a body corporate every person who, at the time of the commission of such offence is a director or officer of such body corporate may be charged jointly in the same proceedings with such body corporate, and where the body corporate is convicted of the offence charged, every such director or officer shall be deemed to be guilty of that offence unless he proves that the offence was committed without his knowledge or that he took reasonable precautions to prevent its commission.
(4) Any person who would have been liable under any of the provisions of this Act or of any rule made thereunder to any penalty for anything done or omitted if such thing had been done or omitted by him personally, shall be liable to the same penalty if such thing has been done or omitted by his partner, agent or servant, unless he proves that he took reasonable precautions to prevent the doing or omission of such thing.
Malay text (authoritative)
Penalti am
(1) Seseorang selain sesuatu pertubuhan perbadanan, tetapi termasuk seseorang pengarah atau pegawai sesuatu pertubuhan perbadanan, yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah, atau yang tidak mematuhi, mana-mana daripada peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya yang penalti baginya tidak diperuntukkan dengan nyatanya boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
(2) Sesuatu pertubuhan perbadanan yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah, atau yang tidak mematuhi, Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(3) Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana daripada peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan, tiaptiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah atau pegawai bagi pertubuhan perbadanan itu boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding itu dengan pertubuhan perbadanan itu dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan itu, tiap-tiap pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah-langkah pengawasan yang munasabah untuk mengelakkan kesalahan itu daripada dilakukan.
(4) Seseorang yang kalau boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah mana-mana daripada peruntukan Akta ini atau manamana kaedah yang dibuat di bawahnya bagi apa-apa perkara yang dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri, boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah pengawasan yang munasabah untuk mengelakkan perkara itu daripada dilakukan atau ditinggalkan.
Read this section in the full act β Β· Open Part IV β
Find Act 49 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).