My bookmarksSign up free
← Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 s 18

s 18 Burden of proof

(1) In any prosecution in respect of an offence under this Act or under any rule made thereunder upon a charge of doing any act which is unlawful unless the person doing such act is entitled to do so by reason of his being the holder of a licence, permit or written permission, consent, authorization or exemption entitling him to do such act, it shall be sufficient for the prosecution to allege and prove his doing such act and the onus shall then be upon the accused to show that he was entitled to do such act. (2) In any prosecution in respect of an offence under this Act or under any rule made thereunder, the production by the person conducting the prosecution of an original invoice or a duplicate invoice proved to have been found in the possession of the seller, shall, where the person conducting the prosecution so requests, be admitted as prima facie evidence of a sale by the seller and of all the facts stated in such original invoice or duplicate invoice and notwithstanding the provisions of any law to the contrary for the time being in force, the burden of proving that such sale did not take place or that any fact stated in the original invoice or duplicate invoice is not what it is stated to be, shall lie upon the accused.

Malay text (authoritative)

Beban membuktikan

(1) Dalam apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atas suatu pertuduhan melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang melainkan jika orang yang melakukan perbuatan itu berhak melakukan yang sedemikian oleh sebab dia ialah pemegang sesuatu lesen, permit atau kebenaran, keizinan, kuasa atau pengecualian bertulis yang mengehakkannya melakukan perbuatan itu, adalah memadai bagi pihak pendakwa mengatakan dan membuktikan bahawa orang itu telah melakukan perbuatan itu dan beban hendaklah kemudiannya terletak pada orang yang dituduh itu bagi membuktikan bahawa dia telah berhak melakukan perbuatan itu. (2) Dalam apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, pengemukaan oleh orang yang menjalankan pendakwaan itu sesuatu invois asal atau sesuatu invois pendua yang telah dibuktikan sebagai telah dijumpai dalam milikan penjual hendaklah, jika orang yang menjalankan pendakwaan itu meminta sedemikian, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai sesuatu penjualan oleh penjual itu dan mengenai semua fakta yang dinyatakan dalam invois asal atau invois pendua itu dan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang yang berlawanan yang pada masa ini berkuat kuasa, beban bagi membuktikan bahawa penjualan itu telah tidak berlaku atau bahawa sesuatu fakta yang dinyatakan dalam invois asal atau invois pendua itu bukanlah seperti apa yang dinyatakan itu hendaklah terletak pada orang yang dituduh itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part IV β†’

Find Act 49 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next