My bookmarksSign up free
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 s 3

s 3 Incorporation of Lembaga

(1) A body corporate which shall be known as the Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (hereinafter referred to as “the Lembaga”) is established, with perpetual succession and a common seal and may sue or be sued in its name, and, subject to and for the purposes of this Act may enter into contract and shall have power to acquire and hold movable or immovable property and to dispose thereof or otherwise deal therewith. (2) The First Schedule to this Act shall have effect with respect to the Lembaga. (3) The Lembaga shall consist of the following members to be appointed by the Minister: (a) a Chairman; (b) a Director General; (c) a representative of the Ministry of Agriculture and Agro- Based Industry; (d) a representative of the Treasury; (e) a representative of the Fisheries Department in the Ministry of Agriculture and Agro-Based Industry; (f) a representative of the Economic Planning Unit of the Prime Minister’s Department; (g) a representative of the Federal Agricultural Marketing Authority; and (h) not more than 5 other persons who have had experience and have shown capacity in matters relating to the fisheries industry or to marketing, finance or administration. (4) The Minister shall when appointing the persons mentioned in paragraph (3)(h) give consideration to the need for the various interests and regions in Malaysia to be represented. (5) A temporary Chairman or member may be appointed during the temporary incapacity of the Chairman or member (whether by reason of illness or absence from Malaysia or for any other reason), and such temporary Chairman or member shall be appointed in like manner as the Chairman or member is appointed under this section. (6) A member of the Lembaga shall, unless he sooner resigns or his appointment is revoked, hold office for such term as may be specified in the instrument appointing him, and shall be eligible for reappointment. (7) The Minister may give to the Lembaga directions of a general nature, not inconsistent with the provisions of this Act, as to the exercise of the functions and powers of the Lembaga.

Malay text (authoritative)

Pemerbadanan Lembaga

(1) Suatu pertubuhan perbadanan bernama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (kemudian daripada ini disebut “Lembaga”) ditubuhkan, yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya, dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan mempunyai kuasa bagi memperoleh dan memegang harta alih atau harta tak alih dan bagi melupuskannya atau dengan cara lain membuat apa-apa urusan mengenainya. (2) Jadual Pertama kepada Akta ini hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan Lembaga. (3) Lembaga hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut yang dilantik oleh Menteri: (a) seorang Pengerusi; (b) seorang Ketua Pengarah; (c) seorang wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; (d) seorang wakil Perbendaharaan; (e) seorang wakil Jabatan Perikanan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; (f) seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; (g) seorang wakil Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan; dan (h) tidak lebih daripada 5 orang yang berpengalaman dan telah menunjukkan kebolehan dalam perkara yang berhubungan dengan industri perikanan atau pemasaran, kewangan atau pentadbiran. (4) Menteri hendaklah apabila melantik orang yang disebut dalam perenggan 3(h) memberikan pertimbangan tentang keperluan pelbagai kepentingan dan wilayah dalam Malaysia diwakili. (5) Seorang Pengerusi sementara atau seorang ahli sementara boleh dilantik dalam masa Pengerusi atau ahli Lembaga tidak berupaya buat sementara (sama ada oleh sebab sakit atau tidak berada dalam Malaysia atau oleh apa-apa sebab lain), dan Pengerusi sementara atau ahli sementara itu hendaklah dilantik dengan cara yang serupa seperti Pengerusi atau ahli dilantik di bawah seksyen ini. (6) Seseorang ahli Lembaga hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, dan adalah layak dilantik semula. (7) Menteri boleh memberi Lembaga arahan secara am yang selaras dengan peruntukan Akta ini tentang menjalankan fungsi dan kuasa Lembaga.

Read this section in the full act → · Open Part II

Find Act 49 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next