My bookmarksSign up free
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 s 4

s 4 Functions of the Lembaga

(1) The functions of the Lembaga shall be— (a) to promote and develop efficient and effective management of fisheries enterprises and marketing of fish; (b) to provide and supervise credit facilities for fish production and to ensure that these facilities are put to maximum use; (c) to engage in fisheries enterprises and for that purpose to engage in boat-building and in the production of fishing supplies and equipment; (d) to promote, stimulate, facilitate, and undertake economic and social developments of Fishermen’s Associations; (e) to register, control and supervise Fishermen’s Associations and to provide for matters related thereto; and (f) to control and coordinate the performance of the aforesaid activities. (2) The Lembaga shall have power to do all things reasonably necessary for or incidental to the discharge of its functions under subsection (1) and in particular, but without prejudice to the generality of the foregoing— (a) to regulate the marketing of fish particularly through licensing of wholesalers, retailers, fish processors, importers and exporters; (b) to prescribe and regulate the packing, grading, weighing and storing of fish; (c) to establish, regulate and, if necessary, manage in respect of any area, a wholesale fish market at which all wholesale fish transactions in that area shall be carried out in accordance with the procedure determined by the Lembaga; (d) to prescribe the method of, regulate the conduct of, admission and procedure to be followed at, the sale conducted at a wholesale fish market, and where an auction sale is held thereat, to prescribe the manner in which such sale may be conducted; (e) to regulate the processing of fish; (f) to prohibit, regulate or control the movement of fish; (g) to require persons engaged in the processing or marketing of fish to register and to give in such manner as the Lembaga may specify such information as it may deem necessary; (h) to appoint agents for the purpose of carrying out its functions; (i) to impose fees or any other charges it deems fit for giving effect to any of its powers or functions; (j) to receive in consideration of the services rendered by it such commission or payment as may be agreed upon; (k) with the approval of the Minister and the concurrence of the Minister of Finance, to enter into equity participation where such participation appears to it to be requisite, advantageous or convenient for or in connection with the discharge of its functions; (l) to carry out all the activities which appear to it to be requisite, advantageous or convenient for or in connection with the discharge of its functions, including boat-building and fishing operations, the production of fishing supplies and equipment, transport, packing, processing, the sale of fishing supplies, equipment and provisions, grading, storing, the sale by auction and other marketing methods generally of fish, and to manage such activities; (m) to exercise all functions and powers and perform all duties which under or by virtue of any other written law may be vested or delegated to it. (2a) Notwithstanding paragraph (2)(a), the licence for importers and exporters of fish shall be issued by the Director General of Quarantine and Inspection and in accordance with the Malaysian Quarantine and Inspection Services Act 2011 [Act 728]. (3) The Lembaga may, with the approval of the Minister and the concurrence of the Minister of Finance, from time to time— (a) establish corporations under this subsection; and (b) establish or promote the establishment or expansion of companies under the Companies Act 1965 [Act 125], by such names as the Lembaga may think fit, to carry out and have the charge, conduct and management or any project, scheme or enterprise planned or undertaken by the Lembaga in the discharge of its functions and where the Lembaga so does, the provisions of— (i) the Second Schedule except paragraph 4a; and (ii) the Companies Act 1965, shall apply respectively to such corporations and companies. (4) In addition to and not in derogation of its powers under subsection (3) the Lembaga may, with the approval of the Minister and the concurrence of the Minister of Finance, apply to register as a company under the Companies Act 1965 a corporation which has been established under paragraph (3)(a) and where the Lembaga so does— (a) subparagraphs 4a(1) and (2) only of the Second Schedule; and (b) on the corporation being so registered, subparagraphs 4a(3) and (4) only of the Second Schedule and the Companies Act 1965, shall accordingly apply to that corporation.

Malay text (authoritative)

Fungsi Lembaga

(1) Fungsi Lembaga ialah— (a) menggalakkan dan memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan mengenai perusahaan perikanan dan pemasaran ikan; (b) mengadakan dan menyelia kemudahan kredit bagi pengeluaran ikan dan memastikan bahawa kemudahan ini digunakan sepenuhnya; (c) mengambil bahagian dalam perusahaan perikanan dan bagi maksud itu mengambil bahagian dalam pembinaan bot dan pengeluaran bekalan dan kelengkapan menangkap ikan; (d) menggalakkan, menggiatkan, memudahkan dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial Persatuan Nelayan; (e) mendaftarkan, mengawal dan menyelia Persatuan Nelayan dan mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berhubungan dengannya; dan (f) mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu. (2) Lembaga mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu untuk atau bersampingan dengan menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (1) dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang disebut terdahulu— (a) mengadakan peraturan mengenai pemasaran ikan khususnya dengan jalan melesenkan penjual borong, penjual runcit, pemproses ikan, pengimport dan pengeksport; (b) menetapkan dan mengadakan peraturan mengenai pembungkusan, pemeringkatan, penimbangan dan penyimpanan ikan; (c) menubuhkan, mengadakan peraturan mengenai dan, jika perlu, menguruskan, mengenai sesuatu kawasan, suatu pasar jual borong ikan di mana semua transaksi jual borong ikan di kawasan itu akan dijalankan mengikut tatacara yang ditentukan oleh Lembaga; (d) menetapkan cara, mengadakan peraturan mengenai, kemasukan dan tatacara yang hendaklah diikuti di, penjualan yang dijalankan di sesuatu pasar jual borong ikan, dan jika sesuatu jualan lelong diadakan di situ, menetapkan cara bagaimana penjualan itu boleh dijalankan; (e) mengadakan peraturan mengenai pemprosesan ikan; (f) melarang, mengadakan peraturan mengenai atau mengawal pemindahan ikan; (g) menghendaki orang yang mengambil bahagian dalam pemprosesan atau pemasaran ikan supaya berdaftar dan memberikan dengan apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga apa-apa maklumat yang difikirkannya perlu; (h) melantik ejen bagi maksud menjalankan fungsinya; (i) mengenakan fi atau apa-apa bayaran lain yang difikirkannya patut bagi menguatkuasakan mana-mana daripada kuasa atau fungsinya; (j) menerima sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya apa-apa komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui; (k) dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, mengambil bahagian dalam ekuiti, jika yang demikian itu, pada pendapatnya, adalah perlu, berfaedah atau sesuai untuk atau berkaitan dengan menjalankan fungsinya; (l) menjalankan segala aktiviti yang didapatinya perlu, berfaedah atau sesuai untuk atau berkaitan dengan menjalankan fungsinya, termasuk pembinaan bot dan pengendalian menangkap ikan, pengeluaran bekalan dan kelengkapan menangkap ikan, pengangkutan, pembungkusan, pemprosesan, penjualan bekalan, kelengkapan dan barang menangkap ikan, pemeringkatan, penyimpanan, penjualan secara lelong dan cara-cara pemasaran lain amnya bagi ikan dan bagi menguruskan aktiviti itu; (m) menjalankan segala fungsi dan kuasa dan melaksanakan segala kewajipan yang mungkin terletak hak atau diwakilkan kepadanya di bawah atau menurut manamana undang-undang bertulis yang lain. (2a) Walau apa pun perenggan (2)(a), lesen bagi pengimport dan pengeksport ikan hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan dan mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. (3) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, dari semasa ke semasa— (a) menubuhkan perbadanan di bawah subseksyen ini; dan (b) menubuhkan atau menggalakkan penubuhan atau peluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga, untuk melaksanakan, menjaga, menjalankan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga pada menjalankan fungsinya dan jika Lembaga berbuat demikian, peruntukan— (i) Jadual Kedua kecuali perenggan 4a; dan (ii) Akta Syarikat 1965, hendaklah masing-masingnya terpakai bagi perbadanan dan syarikat itu. (4) Sebagai tambahan kepada dan tidak sebagai mengurangkan kuasanya di bawah subseksyen (3) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, memohon untuk didaftarkan sebagai suatu syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 sesuatu perbadanan yang telah ditubuhkan di bawah perenggan (3)(a) dan jika Lembaga berbuat demikian— (a) peruntukan subperenggan 4a(1) dan (2) sahaja dalam Jadual Kedua; dan (b) apabila perbadanan itu didaftarkan sedemikian, peruntukan subperenggan 4a(3) dan (4) sahaja dalam Jadual Kedua, dan Akta Syarikat 1965, hendaklah terpakai bagi perbadanan itu dengan sewajarnya.

Read this section in the full act → · Open Part II

Find Act 49 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next